fbpx
Now Reading
“Saya Tak Akan Biar Badan Alami Sakit Secara Percuma” – Isteri Tuntut ‘Elaun’ RM1.4 Juta Setiap Kali Hamil [Video]

“Saya Tak Akan Biar Badan Alami Sakit Secara Percuma” – Isteri Tuntut ‘Elaun’ RM1.4 Juta Setiap Kali Hamil [Video]

Wanita yang dikenali sebagai Soudi Al Nadak itu juga inginkan akses penuh kepada kad kredit suaminya jika dia memerlukannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, seorang wanita yang menikahi lelaki jutawan mendedahkan bahawa suaminya telah berjanji untuk membayar ‘elaun’ sebanyak AS$300,000 (RM1.39 juta) bagi setiap kali kehamilannya.

Memetik MailOnline, wanita yang dikenali sebagai Soudi Al Nadak, 26, dari Sussex, Britain itu telah menuntut perkara tersebut sebelum dia bersetuju untuk hamil anak kepada suami jutawannya, Jamal Al Nadak.

Difahamkan, pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun itu kini menetap di Dubai, di mana tempat mereka bertemu semasa belajar di sebuah universiti pada tujuh tahun lalu.

Soudi terangkan tentang tuntutan ‘non-negotiables’ mengenai kehamilannya

Menerusi satu video yang dimuat naik Soudi di akaun TikTok miliknya (@soudiofarabia), dia menerangkan kepada pengikutnya tentang senarai tuntutan ‘non-negotiables’ mengenai kehamilannya.

“Sebelum saya hamil, ini semua adalah perkara yang kami bincangkan dan tidak boleh dirunding,” katanya.

Minta akses penuh terhadap kad kredit suami

Soudi menjangkakan akan dibayar elaun setiap kali hamil serta akses penuh untuk kad kredit suaminya jika dia memerlukannya.

“Jelas sekali, saya akan mempunyai akses penuh kepada kad kredit suami jika berlaku kecemasan.

“Saya juga menjelaskan kepada Jamal bahawa jumlah ini akan menjadi AS$300,000 dan untuk dua bayi, nilainya sebanyak AS$600,000 (RM2.79 juta).

“Perkara ini jelas akan termasuk sesi terapi, fisioterapi, jurulatih peribadi dan urutan untuk bayi. Saya perlu kembali ke keadaan sihat secepat mungkin untuk suami saya,” katanya lagi.

Minta cincin permata, beg tangan dan kereta mewah selepas bersalin

Selain menuntut elaun kehamilan, Soudi juga meminta cincin permata yang mahal, beg tangan dan kereta mewah untuk dibawa berjalan-jalan.

“Seperti biasa, (pendedahan) ini akan buat orang terkejut. Biar saya terangkan, tidak ada cara yang saya akan membiarkan badan saya mengalami begitu banyak kesakitan secara percuma,” jelas Soudi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.