fbpx
Now Reading
Akhirnya Ayah Da’i Syed Buka Mulut Mengenai Dakwaan Rogol Kaitkan Anaknya

Akhirnya Ayah Da’i Syed Buka Mulut Mengenai Dakwaan Rogol Kaitkan Anaknya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seluruh negara semalam digemparkan dengan dakwaan seorang gadis bahawa kawannya telah dirogol oleh pendakwah muda, Da’i Syed.

Gadis berkenaan yang menggunakan akaun Twitter untuk membuat pendedahan berkenaan kemudiannya turut berkongsi beberapa paparan skrin mesej yang diterima daripada individu-individu lain yang mendakwa turut menjadi ‘mangsa’ pendakwah tersebut.

Dia bagaimanapun kemudian menukar nama di laman Twitternya namun difahamkan masih kekal aktif di akaun berkenaan.

Da’i Syed buat laporan polis

Dai Syed pula kemudiannya membuat laporan polis dan menafikan tuduhan berkenaan bagi membersihkan namanya.

Perkara itu dikongsikan sendiri Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed di laman Twitter dengan kapsyen ringkas : “Salam. Maaf, tiada komen apa-apa dari saya”

Namun tidak lama kemudiannya, ayah Dai Syed, Tuan Seif Jamalullail memuat naik satu kenyataan di laman sosial Facebook miliknya mengenai isu berkenaan.

Di bawah kami kongsikan kenyataan dari ayah Dai Syed :

Assalamualaikum wbt..
Firman Allah ” Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai Fitnah/cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” (QS. Al-Anfaal)

Semua sudah maklum DAI SYED adalah anak saya. Hari ini bertalu-talu mesej masuk ke inbox saya beserta SS yang dah viral. Masing² menunggu balasan dan respon saya. Saya nyatakan disini utk tatapan semua yg bertanya..

Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan utk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya , namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun.
Hingga saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah swt untuk mengadilinya sekiranya benar dakwaan yang diviralkan dan mohon Allah mengembalikan anak saya ke jalan yg benar dan diredhoi sebelum ianya terlambat.

Saya lebih rela dia diadili didunia daripada dihadap diakhirat dihadapan Qadhi Rabbul Jalil.

Sekarang saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yg bermuamalah dengan dia supaya berhati² lah, terutama pada wanita.

Isu viral ni dah lama

Isu viral ni dah lama, hari ni makin jadi heboh pulak.. kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apalagi adik²nya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan² sindiran dan ejekan dari teman² disekolah.

Pergilah lapor kepada polis untuk disiasat

Bagi mereka² yg pernah menghubungi untuk mengadu kpd saya (yg mengaku mangsa) , pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya. – Ayah Da’i Syed

Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut.

Sabda Nabi “Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya’” – Hadist.

Peringatan terbuka kepada Dai syed

Peringatan terbuka kepada Dai Syed : “Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/diviral, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatanmu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis. Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah kejalan Allah dan jalan leluhurmu.. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu..”

Kami pihak keluarga hanya mampu berdoa supaya dijauhkan segala fitnah duniawi dan diberikan keberkatan dalam hidup dan mati.

Ayah Da’i Syed, Tn Seif Jamalullail

Apa-apa pun kami harap semua biarkan polis membuat siasatan, sama seperti saranan Tuan Seif, sekiranya ada yang mendakwa menjadi mangsa segeralah melaporkannya kepada polis.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.