fbpx
Now Reading
Da’i Syed Bebas Kes Persetubuhan Luar Tabii dan Cabul Penuntut Kolej

Da’i Syed Bebas Kes Persetubuhan Luar Tabii dan Cabul Penuntut Kolej

Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas dan membebaskan Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, daripada kedua-dua pertuduhan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir dua tahun naik turun mahkamah, pendakwah selebriti yang mencetuskan kontroversi, Da’i Syed akhirnya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Menurut laporan Harian Metro, Hakim Jamaludin Mat membuat keputusan tersebut pada Selasa (31 Mei) selepas membenarkan hujahan dan permohonan pihak pembelaan untuk melepas dan membebaskan Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, daripada kedua-dua pertuduhan itu.

Wang jaminan RM25k turut dipulangkan

Jamaludin dalam masa sama turut mengarahkan wang jaminan sebanyak RM 25,000 dikembalikan.

“Saya bersetuju dengan hujahan peguam supaya kes ini dilepas dan dibebaskan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan,” katanya.

Terdahulu pada 10 Disember 2020, Da’i Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap seorang wanita berusia 22 tahun (ketika itu) selain menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan niat untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana, Petaling Jaya di antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.

Da’i Syed kemudiannya didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.