fbpx
Now Reading
Ini 4 Ciri Wanita Yang Boleh Memilih Mana-Mana Sahaja Pintu Syurga
4 ciri wanita penghuni syurga

Ini 4 Ciri Wanita Yang Boleh Memilih Mana-Mana Sahaja Pintu Syurga

Setiap wanita muslimah sudah tentu ingin menjadi penghuni syurga. Jom ketahui 4 ciri wanita yang boleh memilih mana-mana pintu syurga untuk dihuninya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap manusia sudah tentunya mengimpikan kehidupan di syurga apabila mati kelak.

Meskipun, sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran namun matlamat untuk menghuni syurga tidak pernah dilupakan oleh setiap insan.

Apatah lagi syurga merupakan kenikmatan yang dijanjikan kepada penghuninya yang sudah berjuang untuk mentaati Allah SWT.

Oleh itu, terdapat 4 ciri-ciri wanita yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT seperti yang dikongsikan oleh Aisyah Shahid, yang juga merupakan Ketua Operasi bagi @MyFundAction.

Apa yang lebih menakjubkan, ciri-ciri wanita tersebut boleh memasuki syurga di mana-mana sahaja pintu yang diinginkan olehnya.

Jom kami kongsikan 4 ciri wanita itu:

#1 Solat 5 waktu

Foto: Freepik

Sering kali kita dengar ayat solat merupakan tiang agama. Oleh itu, kriteria utama bagi seorang wanita yang ingin ke syurga adalah mereka yang menjaga solat lima waktunya.

Dia menunaikan solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib serta Isya’. Malah wanita itu tidak pernah meninggalkan solatnya kecuali ketika diharamkan solat baginya iaitu ketika haid dan nifas.

#2 Berpuasa di bulan Ramadan

Berpuasa di bulan Ramadan adalah suatu perkara yang dituntut dan wajib kecuali pada waktu seorang wanita itu diharamkan berpuasa seperti ketika haid dan nifas.

Namun, ia hendaklah diganti di bulan lain selain Ramadan.

#3 Menjauhi zina

Zina merupakan salah satu dosa besar dan wanita yang masuk ke syurga adalah wanita yang tidak pernah berzina, tidak pernah curang serta menjaga pergaulannya seperti yang ditetapkan dalam Islam.

#4 Taat kepada suami

Foto: Freepik

Di dalam Islam, bagi seorang wanita muslimah yang sudah berkahwin suami merupakan individu yang perlu ditaatinya. Malah, melebihi taatnya kepada ibu bapa.

Sekiranya seseorang wanita itu sentiasa menjaga solat, berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan, menjaga kemaluannya (daripada perbuatan zina) dan taat kepada suaminya.

Oleh itu dikatakan kepada wanita berkenaan “masuklah ke syurga melalui pintu manapun yang engkau suka.” – Hadis riwayat, Ahmad.

Alangkah indahnya hidup seseorang wanita itu jika berpeluang untuk menjadi salah satu dari ahli syurga malah menjadi golongan yang boleh memilih mana-mana sahaja pintu yang dikehendakinya.

Semoga kita semua menjadi hambanya yang tergolong dalam golongan berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.