fbpx
Now Reading
“Perang Dunia Akan Berlaku” – Wanita Kantoikan Suami Rakan Curang, Bawa Perempuan Hamil Ke Hospital

“Perang Dunia Akan Berlaku” – Wanita Kantoikan Suami Rakan Curang, Bawa Perempuan Hamil Ke Hospital

Menerusi satu hantaran baharu di YouTube, Chakera mendakwa dia telah diugut oleh lelaki berkenaan agar tidak membocorkan insiden berkenaan kepada rakan karibnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di Amerika Syarikat hampir memulakan pergaduhan di dalam sebuah hospital selepas dia terlihat suami rakan karibnya memeluk seorang wanita lain yang sedang hamil.

Menurut laporan Kosmo yang memetik New York Post, wanita tersebut yang dikenali sebagai Chakera Henry tular melalui hantaran yang dimuat naik olehnya di media sosial.

Terjumpa suami rakan karib bersama wanita lain

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Chakera menjelaskan situasi di mana dia terserempak dengan suami rakannya sendiri.

“Ia agak pelik. Saya menyaksikan apa yang berlaku dan menyedari dia memeluk wanita itu,” katanya.

Enggan menunggu lama, Chakera bertindak mendekati lelaki curang itu untuk bertanya khabar mengenai isterinya.

Lelaki tersebut menafikan perkahwinannya

Bagaimanapun, dia terkejut selepas mendengar jawapan daripada lelaki itu bahawa dia belum berkahwin.

Menurut Chakera, dia sendiri menyaksikan perkahwinan lelaki tersebut bersama rakan karibnya malah dia juga pernah berkunjung ke rumah sahabatnya itu.

Chakera menghubungi rakannya supaya datang ke hospital

Penafian lelaki itu mengenai status perkahwinannya mendorong Chakera menghubungi rakannya itu supaya datang ke hospital berkenaan tanpa memberitahu sebarang sebab.

“Anda semua, ‘Perang Dunia Kedua’ akan berlaku di sini kerana satu rahsia akan terbongkar,” katanya lagi.

Pada akhir video, Chakera sempat meluahkan rasa simpatinya terhadap nasib wanita yang sedang mengandung itu kerana tidak mengetahui tentang perkahwinan lelaki tersebut.

Diugut oleh rakan suaminya agar tidak membocorkan hal tersebut

Menerusi satu hantaran baharu di YouTube, Chakera mendakwa dia telah diugut oleh lelaki berkenaan agar tidak membocorkan insiden berkenaan kepada rakan karibnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.