fbpx
Now Reading
Tular Lelaki Acah ‘Gengster’ Siap Bawa Kayu, Sekali Diri Sendiri Yang Kena Pukul [Video]

Tular Lelaki Acah ‘Gengster’ Siap Bawa Kayu, Sekali Diri Sendiri Yang Kena Pukul [Video]

Menerusi video terbabit, pergaduhan itu akhirnya berjaya dileraikan apabila seorang wanita yang keluar daripada bas menenangkan lelaki terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/anthraxxx781/status/1577460784589721600?s=20&t=Mft84ACfBZ8rAiZmqNpS2Q

Kejadian buli dan samseng jalan raya tidak hanya banyak berlaku di Malaysia, malah keganasan sebegini turut berlaku di negara-negara lain.

Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman yang dipercayai diambil dari dalam sebuah bas awam dua tingkat di luar negara yang menunjukkan seorang pemuda berkaca mata teruk dipukul oleh seorang lelaki.

Lelaki berkaca mata menghampiri bas sambil memegang sebatang kayu

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Twitter akaun anthraxxx781, kelihatan lelaki berkaca mata itu pada mulanya berjalan menuju ke arah bas sambil membawa sebatang kayu.

Setibanya lelaki itu di hadapan bas, berlaku pertengkaran di antara dirinya dan juga seorang lagi lelaki berbaju biru.

Kayu yang dibawa memakan dirinya semula

Tidak lama kemudian, pemuda yang memegang kayu tersebut seakan ingin memukul namun cubaannya itu tidak menjadi apabila kayu tersebut dirampas oleh lelaki berbaju biru yang lantas bertindak memukulnya.

Pergaduhan di antara mereka berdua berlaku di tengah jalan raya sambil disaksikan penumpang di dalam bas tersebut.

Wanita berjaya leraikan pergaduhan, bawa lelaki itu kembali ke kereta

Di akhir video, pergaduhan tersebut akhirnya berjaya dileraikan apabila seorang wanita muncul dipercayai keluar daripada dalam bas tersebut. Dia kemudian bertindak menenangkan lelaki itu lalu membawa dia semula ke keretanya.

Bagaimanapun, punca berlakunya pergaduhan diantara mereka berdua tidak dapat dipastikan kerana tiada maklumat lanjut yang diperolehi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.