fbpx
Now Reading
“Dia Kongsi Dengan Kawan-Kawan” – Klinik Buat Laporan Polis Selepas Sijil Cuti Sakit Dipalsukan

“Dia Kongsi Dengan Kawan-Kawan” – Klinik Buat Laporan Polis Selepas Sijil Cuti Sakit Dipalsukan

Difahamkan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemilik MC dan juga pekerja yang menggunakan surat cuti sakit palsu terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, MC (medical certificate) atau sijil cuti sakit adalah dokeman sahih yang boleh digunakan sesiapa sahaja termasuk pekerja bagi mendapatkan cuti sakit berbayar daripada majikan.

Bagaimanapun, masih ada segelintir pekerja yang tidak jujur memalsukan atau membeli sijil cuti sakit bagi kepentingan diri sendiri.

Baru-baru ini, tular perkongsian sebuah klinik di Ampang, Selangor mengenai individu yang telah memalsukan sijil cuti sakit dengan menggunakan nama kliniknya.

Klinik dapat panggilan dari pihak syarikat untuk memastikan kesahihan MC

Menerusi hantaran carousel di laman TikTok akaun @klinikiltizamampang, klinik tersebut mula menyedari mengenai isu tersebut selepas dihubungi oleh sebuah syarikat bagi mengesahkan kesahihan MC yang diterima daripada pekerjanya.

“Jam 2.00 petang hari ini (31 Januari) klinik dapat call dari satu company di Bangsar nak cek kesahihan MC staff dia.”

Foto: TikTok/klinikiltizamampang

Bagaimanapun, klinik terbabit tidak mengetahui nama individu di dalam MC tersebut kerana tiada di dalam rekod pesakit mereka.

Dengan perbandukan no siri yang tertera dalam MC, pihak klinik kemudian berjaya mengesan pemilik asal sijil cuti sakit tersebut lalu menghubunginya.

Pemilik MC kongsi sijil cuti sakit dengan kawan-kawan

Apa yang mengejutkan, pemilik asal MC tersebut mengakui bahawa dia ada berkongsi sijil cuti sakit berkenaan kepada rakan-rakannya.

“Kami hubungi owner asal MC tersebut sebab boleh trace dari serial number MC. Dia kata dia ada share MC dia dengan kawan-kawan.”

Foto: TikTok/klinikiltizamampang

Pihak klinik terus membuat laporan polis

Tidak menunggu lama, pihak klinik terbabit terus bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dengan memberi segala maklumat yang diperolehi mereka.

Foto: TikTok/klinikiltizamapang

Difahamkan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemilik MC dan juga pekerja yang menggunakan surat cuti sakit palsu terbabit.

Seksyen 456 Kanun Keseksaan, boleh dipenjara 2 tahun atau denda

Untuk info, mengikut portal rasmi Mahkamah Kuala Lumpur, pemalsuan sijil cuti sakit atau MC merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh klinik tersebut.

Tidak hanya itu, mereka juga berkata tempoh cuti sakit selama lima hari yang diambil oleh pekerja terbabit juga dikatakan tidak masuk akal kerana terlalu lama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.