fbpx
Now Reading
Pembantu Ahli Parlimen Diarah Keluar Gara-Gara Pakai Skirt Pendek Terbelah

Pembantu Ahli Parlimen Diarah Keluar Gara-Gara Pakai Skirt Pendek Terbelah

Menurut pegawai Parlimen terbabit, skirt yang digunakan wanita berkenaan bertentangan dengan protokol ditetapkan Parlimen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara memakai pakaian yang tidak mematuhi kod etika ditetapkan ketika berada dalam kawasan Parlimen, seorang wanita ditegur dan diminta keluar dari bangunan.

Wanita tersebut yang dipercayai pembantu kepada seorang Ahli Parlimen dari Sarawak ditegur kerana memakai skirt pendek terbelah sehingga menampakkan bahagian paha kirinya.

Memetik Berita Harian, dia yang baru kali pertama hadir ke Parlimen telah ditegur dan diminta keluar oleh seorang lelaki yang dipercayai Ketua Keselamatan Parlimen.

Dia sebelum itu sudah diberi pilihan untuk menukar skirt yang dipakainya jika mahu kekal berada dalam bangunan berkenaan bagaimanapun akur dan keluar dari bangunan Parlimen.

Menurut pegawai Parlimen terbabit, skirt yang digunakan wanita berkenaan bertentangan dengan protokol ditetapkan Parlimen.

Memetik Malaysia Gazette, wanita berkenaan merupakan pembantu kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen.

Jika dirujuk pada garis panduan Kod Etika Berpakaian Parlimen Malaysia, mana-mana pegawai wanita perlu memakai gabungan ‘2 pieces’ atau ‘3 pieces’ suit yang terdiri daripada:

  1. Kot
  2. Kemeja
  3. Skirt bawah paras lutut atau skirt labuh atau seluar panjang.

Selain itu, sut juga perlu dipakai dengan kemeja lengan panjang yang dibutangkan. Pegawai wanita juga digalakkan memakian sut skirt/seluar panjang dengan warna hitam atau gelap.

Garis panduan sama turut membenarkan pemakaian pakaian kebangsaan atau tradisional seperti baju kurung atau kebaya, sut punjabi, cheongsam dan sari.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.