fbpx
Now Reading
Pembunuhan Kejam Model & Influencer Hong Kong: Ketahui Siapa Sebenarnya Abby Choi

Pembunuhan Kejam Model & Influencer Hong Kong: Ketahui Siapa Sebenarnya Abby Choi

Model dan selebriti media sosial yang mempunyai lebih 100,000 pengikut Instagram itu pernah dipaparkan dalam penerbitan seperti Vogue, Harper’s Bazaar dan Elle.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sehingga kini, polis Hong Kong masih lagi menyiasat kes pembunuhan kejam seorang model dan selebriti media sosial, Abby Choi pada Jumaat lalu (24 Februari) di sebuah rumah sewa mewah di daerah Lung Mei Tsuen, Tai Po.

Dalam kes tersebut, empat suspek iaitu bekas suami, Alex Kwong,28, bapa mentuanya, 65, abang iparnya, 31, dan ibu mentuanya yang berusia 63 tahun telah ditangkap dan didakwa berhubung kematian mangsa.

Ketiga-tiga lelaki itu didakwa membunuh Abby manakala ibu mentuanya pula didakwa atas kesalahan bersubahat.

Pada Sabtu lalu (25 Februari), pihak polis percaya kes pembunuhan yang kejam itu berpunca dari pertikaian kewangan melibatkan Abby dan keluarga bekas suaminya.

Salah-silah Abby Choi

Menurut laporan CNA, Abby ialah anak seorang Tycoon pembinaan yang banyak berurusan di China dan mempunyai nilai kekayaan peribadi lebih daripada HK$100 juta bersamaan RM57 juta.

Dengan paras rupa dan bentuk badan yang menawan, Abby Choi pernah muncul di muka depan majalah fesyen dan gaya hidup mewah L’Office Monaco pada bulan lalu.

Dia disifatkan sebagai ikon gaya dan personaliti media yang memukau mata dunia dengan penampilannya yang sempurna dan semangatnya dalam dunia fesyen.

Selain itu, Abby juga pernah dipaparkan dalam penerbitan seperti Vogue, Harper’s Bazaar dan Elle serta pernah menyertai Minggu Fesyen Paris

Dia berkongsi coretan hidupnya di akaun Instagram yang kini mempunyai lebih daripada 100,000 pengikut.

Dunia perkahwinan Abby Choi

Abby menamatkan zaman bujangnya ketika berusia 18 tahun dengan suami pertamanya dan mereka dikurniakan dua orang anak pada ketika itu, lapor The Standard.

Bagaimanapun, hubungan yang dibina tidak berkekalan apabila Choi bercerai dengan suami pertamanya dan memulakan hubungan bersama Tam Chuk-Kwan iaitu anak kepada pengasas rantaian makan TamJai Yunnan Mixian.

Siasatan polis mendapati dia tidak pernah mendaftarkan perkahwinannya dengan Tam, lapor South China Morning Post.

Abby juga didapati tetap membantu keluarga bekas suaminya walaupun selepas mereka bercerai seperti mengatur mereka untuk tinggal di apartmen mewah dan membantu bekas abang iparnya untuk membeli rumah.

Abby juga menggaji bekas abang iparnya itu sebagai pemandu. Difahamkan bekas abang iparnya itu merupakan individu yang didakwa menjemputnya pada hari dia hilang iaitu sewaktu mahu mengambil anak perempuannya.

Konflik bermula selepas Abby luah hasrat nak jual rumah atas nama bekas bapa mertua

Berdasarkan siasatan polis, segalanya bermula apabila Abby berhasrat untuk menjual hartanah bernilai HK$70 juta yang dibelinya atas nama bekas bapa mertuanya.

Walaupun dia berjanji untuk menempatkan semula ahli keluarga bekas suaminya itu di tempat lain, tindakan tersebut ternyata ditentang keras oleh bekas bapa mentuanya sehingga berlaku pertengkaran di antara mereka.

Abby Choi seorang pencinta haiwan

Menurut kenalan rapat Abby, wanita itu juga seorang pencinta haiwan dan menjadi pengasas bersama untuk Pertubuhan Amal Paomes iaitu sebuah organisasi menyelamat haiwan di Hong Kong.

Sikap sayang akan haiwan pada diri Abby jelas dilihat apabila dia pernah menyelamatkan seekor kucing yang cedera parah kerana dilanggar oleh kereta.

Organisasi itu juga memberi penghormatan kepada Abby di media sosial, mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan sumbangannya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.