fbpx
Now Reading
Selepas 3 Hari, Kepala Abby Choi Ditemui Dalam Periuk Sup

Selepas 3 Hari, Kepala Abby Choi Ditemui Dalam Periuk Sup

Setakat ini, lengan dan anggota badang mangsa yang lain dilaporkan belum ditemui dan polis masih meneruskan carian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (26 Februari), polis akhirnya berjaya menemui kepala model dan selebriti media sosial, Abby Choi selepas menjumpai sebahagian anggota badannya dua hari lalu di sebuah rumah di Kampung Lung Mei daerah Tai Po, Hong Kong.

Kepala mangsa itu ditemui oleh pakar forensik dalam periuk di rumah berkenaan.

Bekas suami mendiang bersama abang dan ibu bapanya telah ditahan polis berhubung pembunuhan kejam itu.

Kepala ditemui dalam periuk sup, terdapat daging cincang di dalamnya

Menurut BH yang memetik HK01, kepala mangsa ditemui dalam salah satu periuk sup selain polis turut menjumpai pengisar daging, gergaji elektrik dan sebuah beg tangan milik mangsa serta dua kaki di dalam peti sejuk rumah terbabit.

Difahamkan, polis juga melaporkan terdapat daging cincang yang penuh di dalam periuk sup berkenaan.

Bagaimanapun, pada ketika itu pihak berkuasa hanya mampu mengesahkan terdapat tisu manusia dalam periuk itu sebelum membawanya untuk ujian lanjut.

Kepala mangsa ditemui bersama tulang rusuk

Namun selepas beberapa hari, pihak forensik telah menemui kepala mangsa bersama tulang rusuk di dalam salah satu periuk berkenaan.

Menurut laporan, tengkorak itu masih sempurna walaupun dipercayai terdapat sekurang-kurangnya satu cubaan untuk menghancurkannya.

Lobak merah dan lobak hijau turut ditemui dalam periuk yang sama

Pihak forensik juga menemui lobak merah dan lobak hijau di dalam periuk sama yang turut dipenuhi daging cincang.

Setakat ini, lengan dan anggota badan mangsa yang lain dilaporkan belum ditemui dan polis masih meneruskan pencarian.

Kematian Abby Choi mungkin dirancang bekas bapa mentua

Menurut laporan Harian Metro yang memetik SCMP, kes pembunuhan Abby Choi berkemungkinan dirancang oleh bekas bapa mentuanya.

Ini berdasarkan siasatan awal polis yang mendapati mangsa merancang untuk menjual hartanah Kadoorie Hill di Ho Man Tin yang dibelinya atas nama bekas bapa mentuanya.

Bekas bapa mentuanya difahamkan tinggal di situ, namun mangsa dikatakan berjanji untuk menempatkan semula bekas suaminya dan ahli keluarga lelaki itu ke tempat lain.

Bagaimanapun, tindakan itu ditentang hebat oleh bekas bapa mentuanya yang sebelum ini mempunyai beberapa pertengkaran dengan mendiang.

Oleh yang demikian, pembunuhan itu dipercayai dilakukan atas pertikaian mengenai harta yang menelan belanja puluhan juta dolar Hong Kong.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.