fbpx
Now Reading
PDRM Tawar Diskaun Saman 60% Hingga 30 Mac 2023

PDRM Tawar Diskaun Saman 60% Hingga 30 Mac 2023

PDRM bagaimanapun menggalakkan orang ramai yang tidak mahu beratur untuk menjelaskan saman tersebut secara online di MyBayar Saman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, 20 Mac mengumumkan pengurangan kadar kompaun dan saman sehingga 60% sempena Hari Polis Ke-216.

PDRM menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, tawaran tersebut akan bermula hari ini sehingga 31 Mac.

Jelasnya orang ramai boleh mendapatkan pengurangan itu menerusi aplikasi MyBayar Saman atau secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara.

“Tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60% tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik.”

Namun menurut PDRM, pengurangan kompaun ini tidak ditawarkan bagi kesalahan:

  • Kemalangan
  • Bicara mahkamah
  • Saman Berstatus Waran
  • Kenderaan berat
  • Memotong secara bahaya
  • Menggunakan lorong kecemasan
  • Kesalahan tidak boleh dikompaun
  • Melanggar lampu isyarat
  • Memotong di garisan berkembar
  • Pengubahsuaian ekzos
  • Saman Op Selamat

PDRM bagaimanapun menggalakkan orang ramai yang tidak mahu beratur untuk menjelaskan saman tersebut secara online di MyBayar Saman.

Pendaftaran MyBayar Saman boleh dibuat menerusi portal https://mybayar.rmp.gov.my; atau menerusi aplikasi My Bayar Saman di Google Playstore; Apple AppStore dan Huawei AppGallery.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.