fbpx
Now Reading
Dugaan Ramadan, 6 Sekeluarga Hilang Tempat Tinggal Selepas Rumah Terbakar Sejam Sebelum Buka Puasa
rumah terbakar di kuala langat

Dugaan Ramadan, 6 Sekeluarga Hilang Tempat Tinggal Selepas Rumah Terbakar Sejam Sebelum Buka Puasa

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang Hari Raya, mangsa bukan hanya kehilangan rumah malah baju raya dan sebuah kereta turut terbakar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di saat seluruh umat Islam di negara ini sedang berbuka puasa, enam sekeluarga berdepan episod duka apabila rumah papan yang diduduki musnah dalam satu kebakaran di Kampung Kebun Baru, Batu 10, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor pada petang semalam (4 April).

Kejadian tersebut yang berlaku sekitar 6 petang membuatkan kesemua mangsa tidak sempat menjamah makanan untuk berbuka puasa.

Rumah terbakar sebanyak 95%

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat memaklumkan panggilan berhubung insiden tersebut diterima pihaknya pada jam 6.15 petang dan pasukannya tiba di tempat kejadian 9 minit kemudian iaitu jam 6.24 petang.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah di kelas C, berkeluasan 20×20 kaki persegi yang terbakar sebanyak 95%.

“Sebuah kereta turut terbakar 100%. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.28 petang,” jelasnya dipetik Berita Harian.

Mangsa dilaporkan selamat, ketika kejadian sedang sediakan juadah berbuka puasa

Menurut beliau, kesemua mangsa terdiri daripada dua wanita yang berusia dalam lingkungan 40 dan 60 tahun manakala empat lagi kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun ke bawah.

Kesemuanya berjaya menyelamatkan diri selain dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

“Bomba difahamkan ketika kejadian, mereka sekeluarga sedang membuat persediaan untuk berbuka puasa.

“Apabila menyedari rumah terbakar, mereka keluar menyelamatkan diri bersama dokumen pengenalan diri sahaja, lain-lain hangus terbakar, termasuk baju raya,” ujarnya.

Kata Morni, operasi untuk memadamkan kebakaran rumah berkenaan telah dilakukan pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang, BBP Banting, serta BBP Andalas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.