fbpx
Now Reading
Keracunan Oksigen Punca 4 Sekeluarga Pengsan & Langgar Tol

Keracunan Oksigen Punca 4 Sekeluarga Pengsan & Langgar Tol

Menurut anak sulung mangsa yang dikenali sebagai Syafiq Mok, punca empat ahli keluarganya pengsan adalah disebabkan keracunan oksigen (gas) penghawa dingin kenderaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1650443052409032706?s=20

Semalam (24 April), tular satu kemalangan melibatkan empat sekeluarga yang pengsan di dalam sebuah kenderaan sebelum melanggar tembok di sebuah plaza tol.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian yang berlaku di Plaza Tol Bentong itu melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora pada pukul 2.40 petang semalam.

Kekurangan oksigen dalam badan punca kemalangan

Menurut Zaiham, hasil pemeriksaan doktor mendapati keempat-empat mangsa kekurangan oksigen di dalam badan.

“Mangsa-mangsa yang terlibat adalah seorang lelaki, seorang wanita dan dua orang kanak-kanak.

“Mereka dari Tok Bali, Kelantan menuju ke Balakong, Selangor. Hasil pemeriksaan doktor, kesemua mangsa kekurangan oksigen dalam badan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya lagi, bantuan awal yang diberikan kepada mangsa juga dibantu oleh pegawai polis, anggota peronda lebuh raya, orang awam dan pihak Lebuh Raya Pantai Timur.

Keluarga dalam keadaan selamat, punca keracunan gas penghawa dingin

Sementara itu, menerusi satu komen di Facebook, anak sulung kepada keluarga tersebut yang dikenali sebagai Syafiq Mok memaklumkan keluarganya dalam keadaan selamat.

“Saya anak sulung kepada keluarga. keluarga saya selamat semuanya Alhamdulillah dan sekarang semuanya sudah sedarkan diri. Punca pengsan dan tak sedarkan diri kene keracunan oxygen econ (gas penghawa dingin).

“Ayah dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anggota2 dan sesiapa yang terlibat membantu family saya Semoga Allah membalas kebaikan kalian.” tulisnya di ruangan komen.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.