fbpx
Now Reading
“Dah Baca Doa Tak Jalan Juga” – Tular Penampakan Pocong Tumpang Lori, Driver Santai Siap Boleh Rakam [Video]

“Dah Baca Doa Tak Jalan Juga” – Tular Penampakan Pocong Tumpang Lori, Driver Santai Siap Boleh Rakam [Video]

Kejadian itu difahamkan berlaku ketika pemandu lori terbabit sedang memandu di sebuah lebuh raya dari Changkat Jering, Perak menuju ke Changlun, Perlis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pemandu lori atau bas yang harus menempuh perjalanan yang jauh dan lama sehingga lewat malam pastinya mempunyai pengalaman mistik tersendiri.

Malah ada yang mendakwa pernah mendengar pelbagai bunyi atau terhidu ‘bau’ pelik apabila melalui kawasan yang gelap dan di kelilingi dengan hutan tebal.

Penampakan dipercayai hantu berada di sebelah ketika memandu

Namun lain pula dengan kisah seorang pemandu lori ini apabila dia berdepan dengan satu ‘penampakan’ jelas dipercayai makhluk halus yang berada di sebelahnya ketika sedang memandu di waktu malam.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @eddypablo3, pemandu lori terbabit berkata pelbagai doa telah dibaca olehnya, namun makhluk tersebut tetap berada di situ.

“Assalamualaikum, ada sesiapa tertinggal sahabat tak kat atas ‘highway’? Dah baca macam-macam doa tak jalan juga,” kata pemandu terbabit.

Nampak jelas seakan hantu pocong

Lebih menyeramkan, kelihatan begitu jelas penampakan mahluk halus berkenaan seakan hantu pocong yang berbungkus dengan kain kafan.

Kejadian itu difahamkan berlaku ketika pemandu lori terbabit sedang memandu di sebuah lebuh raya dari Changkat Jering, Perak menuju ke Changlun, Perlis.

@eddypablo3

Haiwei Changkat jering Taiping Perak 😱😳 POCONG yg tiada hala tuju👹

♬ bunyi asal – eddypablo3 – eddypablo3

Setakat artikel ini ditulis, video tular tersebut telah mendapat lebih 1 juta jumlah tontonan dan 76 ribu tanda suka.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji keberanian lelaki terbabit yang tidak melarikan diri sebaliknya tenang memandu sambil merakam kelibat tersebut.

“Hati kau keras bang”

“Kalau budak paranormal tengok memangis diorang, kalah level”

“Steady je abang ni eh”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.