fbpx
Now Reading
“P*kyu! Bung” – Isu Rokok, KJ Bidas & Gelar Bung Moktar Musuh Kesihatan Awam

“P*kyu! Bung” – Isu Rokok, KJ Bidas & Gelar Bung Moktar Musuh Kesihatan Awam

Khairy Jamaluddin mendakwa bahawa Bung Moktar ingin menentang pengubalan undang-undang mengenai kawalan produk rokok di negara ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilihat seolah hilang sabar terhadap Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin apabila membidasnya secara terbuka di media sosial.

Menerusi satu muat naik di IG Story, Khairy Jamaluddin yang popular dengan panggilan KJ mendakwa Ahli Parlimen Kinabatangan itu sebagai ‘musuh kesihatan awam’.

Bung musuh kesihatan awam, menentang undang-undang kawalan produk rokok

Dakwa KJ, mendakwa Bung Moktar dari dahulu menentang penggubalan undang-undang mengenai kawalan produk rokok di negara ini.

“Musuh kesihatan awam, mahu menentang undang-undang untuk mengawal produk rokok. Menentangnya masa saya jadi Menteri Kesihatan dan kini masih menentang,” tulisnya berserta gambar Bung Moktar.

“Nasib baik sabah tak jatuh kat kamu” – Khairy Jamaluddin

Tidak hanya itu, KJ juga seakan memberi maksud bahawa negeri di bawah bayu itu akan ‘rosak’ sekirannya dipimpin oleh Bung Moktar.

“Pakyu Moktar Radin, nasib baik Sabah tak jatuh kat kamu,” tulis KJ lagi sambil meletak emoji ketawa.

Tangkap layar IG Story Khairy Jamaluddin

Setakat artikel ini ditulis, Bung Moktar masih belum memberi sebarang respon berhubung kenyataan yang dikeluarkan KJ terhadapnya.

Meskipun tiada maklumat lanjut mengapa bekas Ahli Parlimen Rembau itu tiba-tiba menempelak Bung, ia mungkin ada kaitan dengan kes kanak-kanak dua tahun yang keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape.

Ianya memandangkan muat naik berkenaan dikongsikan selepas KJ berkongsi mengenai insiden membabitkan kanak-kanak malang itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Budak 2 Tahun Dimasukkan Ke Hospital, Disyaki Tertelan Cecair Vape

KJ gesa RUU GEG diluluskan dengan segera

Susulan itu, beliau mengesa agar Rang Undang-Undang Kawalan Hasil Tembakau dan Rokok 2022 (RUU GEG) ‘Generational Endgame’ yang pernah dibentang oleh KJ semasa memegang jawatan Menteri Kesihatan untuk diluluskan dengan segera.

Tangkap layar IG Story Khairy Jamaluddin

Apa itu GEG?

GEG ini merupakan langkah yang diambil untuk mewujudkan generasi baharu di Malaysia yang bebas daripada perbuatan merokok pada masa akan datang.

Akta baharu itu juga ingin mengharamkan rokok, vape dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas tahun 2007.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Bayangkan Negara Tanpa Asap Rokok” – KJ Akan Bentang Akta Haramkan Rokok & Vape Minggu Depan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.