fbpx
Now Reading
“Bayangkan Negara Tanpa Asap Rokok” – KJ Akan Bentang Akta Haramkan Rokok & Vape Minggu Depan [Video]

“Bayangkan Negara Tanpa Asap Rokok” – KJ Akan Bentang Akta Haramkan Rokok & Vape Minggu Depan [Video]

Menteri Kesihatan itu juga akan memuat naik kandungan video pada setiap hari selama seminggu mengenai fakta dan bukti bagi meyakinkan rakyat untuk menyokong matlamat ‘Generation End Game’ (GEG).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan membentangkan akta baharu yang mengharamkan rokok dan semua jenis rokok elektronik (vape) kepada individu yang lahir selepas 2007 pada minggu hadapan di Parlimen.

Jelas Khairy, cadangan mengenai matlamat ‘Generation End Game’ (GEG) adalah untuk mewujudkan generasi baharu Malaysia yang bebas daripada perbuatan merokok pada masa akan datang.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok rasminya, Khairy berkata, sepanjang seminggu ini, beliau akan mengeluarkan kandungan video pada setiap hari dengan fakta dan bukti bagi meyakinkan rakyat Malaysia untuk menyokong GEG.

@khairykj

Minggu depan Akta untuk mengharamkan rokok, vape dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas tahun 2007 akan dibentangkan Parlimen. Kita semua boleh memainkan peranan untuk Akta ini diluluskan. Sama-sama kita lahirkan generasi yang lebih sihat. #GEG

♬ Intro – The xx

Bayangkan negara tanpa asap rokok

“Bayangkan negara kita tanpa asap rokok, bayangkan satu hari nanti, satu generasi tidak kenal apa itu rokok.”

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

Menurutnya lagi, perkara ini tidak mustahil untuk berlaku dan boleh menjadi realiti di negara ini sekiranya semua rakyat Malaysia memainkan peranan agar akta tersebut dapat diluluskan.

Menyeru rakyat suarakan pendapat sokong GEG

Khairy turut menyeru agar rakyat Malaysia yang bersetuju mengenai matlamat cadangan GEG ini untuk menyuarakan pendapat mereka.

“Jika anda mahukan anak-anak dan cucu-cucu bebas daripada asap rokok, suarakanlah. Beritahu ahli Parlimen anda untuk sokong akta ini.”

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

Terdahulu, media melaporkan kerajaan akan memperkenalkan akta baharu bagi larangan aktiviti merokok dan vape terhadap generasi muda.

Pengenalan akta baharu itu akan dapat mengurangkan generasi akan datang terdedah terhadap rokok dan vape kerana pengambilannya adalah faktor utama penyebab kanser dan menyumbang 22% kematian akibat kanser.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.