Ditemui Tidak Sedarkan Diri, Dua Pekerja Gerai Burger Maut Terkena Renjatan Elektrik
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Dua lelaki yang juga pekerja sebuah gerai burger di Taman Bercham Raya, Ipoh, Perak meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik pada awal pagi semalam (15 Oktober).
Kedua-dua mangsa yang berusia 30 dan 14 tahun disahkan maut di lokasi kejadian sekitar pukul 1.15 pagi
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya berkata, Balai Polis Tambun menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu.
Dua lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi gerai burger
Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati dua lelaki berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi gerai burger berkenaan.
“Kedua-dua mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
“Siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa merupakan pekerja di kedai burger tersebut dan dipercayai terkena renjatan elektrik semasa bekerja,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook
Mayat kedua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat
Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
“Setakat ini, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Dalam pada itu, turut tular di media sosial satu video yang menunjukkan kenderaan polis serta ambulans berada di hadapan sebuah gerai burger.