Boon Siew Honda Sampaikan Hadiah Bernilai RM1 Juta Buat Pemenang Peraduan Beli Honda Menang Kaw Kaw
Para pemenang Beli Honda Menang Kaw Kaw juga turut menerima baucar Shoei bernilai RM2000, baucar Alpinestar bernilai RM1000 dan baucar JD Sports bernilai RM500.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Terdahulu, Honda telah melancarkan satu peraduan yang dipanggil ‘Beli Honda Menang Kaw Kaw’ yang berlangsung pada 1 Februari sehingga 31 Mac 2023.
Caranya mudah sahaja, mereka hanya perlu membeli mana-mana motosikal Honda 160cc ke bawah yang terpilih untuk berpeluang memenangi salah satu daripada 1,000 hadiah terkumpul yang berjumlah RM999,999!
Bukan sikit-sikit!
Boon Siew Honda Sampaikan Hadiah Bernilau RM1 Juta Untuk Pemenang Beli Honda Menang Kaw Kaw
Pada 24 Jun, pembuat motosikal terkemuka di Malaysia ini telah pun menyampaikan hadiah-hadiah terkumpul yang bernilai RM1 juta kepada para pemenang peraduan Beli Honda Menang Kaw Kaw.
10 orang pemenang hadiah utama yang hadir untuk menerima hadiah terdiri daripada:
- Muhammad Firdaus bin Abd Karim.
- Mohd Edy Rahime bin Khalib.
- Mohd Shukri bin Ngah.
- Cheah Chun Hou.
- Megat Danial bin Megat Hussain.
- Shazatul Sharifah binti Shukri.
- Amiruddin bin Abd Koder.
- Fadzril bin Rozlee.
- Mohmad Musli bin Abd Aziz.
Penyertaan mereka telah menunjukkan daya kreativiti yang tinggi dan lebih menyerlah berbanding peserta lain.
Kami ingin menyampaikan penghargaan kepada para wakil media atas sokongan padu dan liputan yang menyeluruh yang diberikan untuk peraduan Beli Honda Menang Kaw Kaw yang kami anjurkan. Kami juga sangat gembira dengan daya kreativiti tinggi yang ditunjukkan oleh para pelanggan kami dalam peraduan ini. Peraduan ini mengatasi jangkaan kami dan hari ini kami berbesar hati mengiktiraf dan menghargai para pemenang yang paling kreatif dalam peraduan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Mitsuharu Funase.
Kempen Beli Honda Menang Kaw Kaw Raih Ribuah Penyertaan Seluruh Malaysia
Sebagai satu inisiatif jualan yang bertujuan menarik pelanggan baharu dan menggalakkan pembelian awal sebelum ketibaan Hari Raya Aidilfitri, kempen Beli Honda Menang Kaw Kaw menawarkan pelanggan yang membeli motosikal Honda yang terpilih peluang untuk memenangi salah satu daripada 1,000 hadiah yang disediakan.
Peraduan yang berlangsung mulai 1 Februari hingga 31 Mac menyaksikan capaian sehingga 900,000 individu dan memperoleh ribuan penyertaan dari seluruh negara.
Para peserta dikehendaki menunjukkan bakat kreatif dengan mengambil gambar motosikal Honda yang baru dibeli dan memuat naik gambar ke laman Facebook atau akaun Instagram masing-masing. Para peserta kemudiannya diminta menyertakan #BuyHondaWinKawKaw dan menandakan @HondaMotorcycleMalaysia pada bahagian kapsyen hantaran tersebut.
Panel hakim seterusnya menilai setiap penyertaan dan memilih seramai 1,000 orang pemenang selepas penilaian sebanyak dua pusingan. Pengumuman bagi 500 orang pemenang pusingan awal telah dibuat pada pada 13 Mac dan pusingan kedua pada 17 April.
Hadiah yang disediakan termasuk empat buah unit, sama ada motosikal Honda Forza atau CBR250RR, enam buah unit sama ada Honda ADV160 atau CBR150R, 20 peranti Samsung Flip Z4 128GB, 30 tablet Apple iPad 10th Gen dan 300 unit Fitbit Charge 5.
Bukan itu sahaja, para pemenang turut menerima baucar Shoei bernilai RM2000, baucar Alpinestar bernilai RM1000 dan baucar JD Sports bernilai RM500. Untung betul!
Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)