fbpx
Now Reading
Suzuki Malaysia Lancar MODEL Gixxer 250 & SF250, Harga Bermula Dari RM14,500

Suzuki Malaysia Lancar MODEL Gixxer 250 & SF250, Harga Bermula Dari RM14,500

Salah satu ciri inovatif utama GIXXER adalah enjin satu silinder yang direka secara kompak dengan sistem penyejukan minyak Suzuki Oil Cooling System (SOCS) yang inovatif daripada Suzuki.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita baik buat peminat motosikal 250cc dan ke bawah, Suzuki Malaysia Sdn Bhd semalam (6 November) telah melancarkan model terbaharu keluaran mereka iaitu Suzuki GIXXER 250 dan GIXXER SF250.

Pelancaran ini sekaligus menandakan Suzuki Malaysia kini rasmi memasuki pasaran segmen motosikal 250cc di dalam negara.

Suzuki dalam satu kenyataan berkata, GIXXER 250 dan GIXXER SF250 berkongsi spesifikasi enjin dengan kuasa sesaran 249cc jenis Enjin Tunggal Satu Silinder (SOHC) yang memberikan kuasa sebanyak sebanyak 26.7hp pada 9300rpm dan membekalkan puncak tork sebanyak 22.2Nm pada 7300rpm.

Salah satu ciri inovatif utama GIXXER adalah enjin satu silinder yang direka secara kompak dengan sistem penyejukan minyak Suzuki Oil Cooling System (SOCS) yang inovatif daripada Suzuki.

Dilengkapi dengan teknologi Suzuki Eco Performance (SEP) yang memberikan kecekapan penggunaan petrol yang luar biasa, enjin pada GIXXER ini juga turut menghasilkan kuasa yang optimum, ketahanan maksimum serta kemudahan penyelenggaraan kepada pemiliknya.

Sama kuasa enjin tapi penyesuaian reka bentuk berbeza

Walaupun kedua-dua model ini berkongsi kecekapan kuasa enjin yang sama, terdapat perbezaan jelas di dalam penyesuaian rekaan bentuk dan pemadanan ergonomik yang kemas oleh Suzuki.

GIXXER SF250 dipadankan dengan reka bentuk sisi berfairing penuh yang lebih garang serta bercirikan kendalian perlumbaan, manakala GIXXER 250 pula mengambil pendekatan rekabentuk tempat duduk yang lebih tegak dan sisi terbuka untuk mereka yang lebih gemarkan pengalaman kendalian santai yang berbeza.

Selain bahagian kekemasan yang dititkberatkan seperti kluster meter LCD sepenuhnya, Suzuki turut melengkapkan GIXXER kali ini dengan identiti trend ranggi seperti muffler ekzos dua saluran dengan kemasan krom, roda aloi sepenuhnya dengan jaluran grafik serta madgad penutup tayar belakang yang bergaya.

GIXXER 250 juga datang dengan reka bentuk lampu hadapan LED separa-oval yang futuristik, manakala GIXXER SF250 hadir dengan rekabentuk lampu hadapan LED paruh-ultra yang aerodinamik.

Menyedari bahawa GIXXER bakal menjadi tarikan khusunya pemilik lesen B2 di Malaysia, kedua-dua model ini dipasarkan di Malaysia sebagai unit pemasangan Complete Knock-Down (CKD).

Hadir dengan beberapa warna menarik

Kedua-dua model ini hadir dengan beberapa pilihan warna menarik iaitu:

  • GIXXER 250: Metallic Met Stellar Blue dan Metallic Matte Black No. 2
  • GIXXER SF250:Metallic Sonic Silver/Metallic Triton Blue (Edisi GP) dan Metallic Matte Black No. 2.

Harga dari RM15,500

Kedua-dua varian warna GIXXER 250 ditawarkan dengan harga RM14,500.00. Model GIXXER SF250 dengan warna Metallic Matte Black No. 2 ditawarkan dengan harga RM15,200.00, manakala GIXXER SF250 dalam versi Metallic Sonic Silver/Metallic Triton Blue (Edisi GP) ditawarkan pada harga RM15,500.00. Harga- harga ini tidak termasuk pendaftaran, insurans dan cukai jalan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Suzuki GIXXER 250 dan GIXXER SF250 yang baru ini, sila lawati pengedar sah Suzuki Big Bike World, Suzuki Station Plus, Suzuki Station atau terus ke laman web Suzuki Malaysia di www.suzuki.com.my

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.