Now Reading
Minum Air Soya Tak Jadikan Anak Putih Pun Sebab…

Minum Air Soya Tak Jadikan Anak Putih Pun Sebab…

Boleh dikatakan ramai yang idamkan kulit putih melepak seperti orang Korea. Ada yang sanggup suntik dan telan macam-macam ubat untuk putihkan kulit. Bukan itu saja, ramai ibu mengandung mengamalkan pelbagai petua semata-mata untuk dapatkan anak berkulit cerah.

Paling popular adalah dengan mengamalkan minum air soya dikatakan boleh membantu mencapai matlamat tersebut. Bagaimanapun, menurut Pegawai Perubatan Kehamilan dan Sakit Puan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aimi Rahayu Abdul Rashid, warna kulit gelap disebabkan kehadiran melanin yang terhasil daripada sel melanosit, bukannya warna minuman.

Katanya lagi, warna makanan atau minuman tidak akan mempengaruhi warna kulit pada bayi kerana sistem penghadaman dalma badan tidak bersambung dengan rahim.

“Makanan yang dimakan akan dicernakan ke dalam sistem penghadaman. Molekul yang sudah tercerna inilah akan diberikan kepada bayi melalui uri (placenta),” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya lagi, kuantiti melanin yang dihasilkan akan menentukan kecerahan kulit seseorang dan bergantung kepada faktor genetik dimana ia bergantung kepada baka kedua ibu bapanya.

“Misalnya jika si ayah berkulit gelap manakala si ibu pula berkulit cerah, maka warna kulit bayi yang terhasil adalah campuran kedua-dua baka tersebut.

See Also

Dalam pada itu, Dr Aimi menyarankan jika mereka di luar sana ingin mendapatkan anak berkulit putih adalah berkahwin orang yang berkulit cerah.

Sumber : VitDaily

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.