fbpx
Now Reading
Tak Perlu Beratur Untuk ‘Renew’ Passport, Sekarang Online Je!

Tak Perlu Beratur Untuk ‘Renew’ Passport, Sekarang Online Je!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekrang korang tak perlu lagi beratur panjang dan menunggu giliran untuk memperbaharui pasport untuk melancong. Dengan sistem online yang disedikan ini bakal memudahkan lagi kerja anda.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata perkhidmatan itu telah tersedia untuk digunakan melalui laman web rasmi jabatan selama dua tahun yang lalu tetapi kemudahan itu kurang digunakan oleh rakyat Malaysia.

Image from Micheal Yip

Image via Micheal Yip

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Malay Mail, Datuk Seri Mustafar Ali mengatakan bahawa hanya 9,178 pembaharuan pasport telah dibuat melalui sistem online tersebut di laman web rasmi: www.imi.gov.my.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia itu juga berkata bahawa servis pembaharuan pasport secara online ini sangat mudah kerana pemohon tidak perlu beratur di kaunter lagi

Bukan setakat itu sahaja, mereka juga boleh memilih cawangan yang berdekatan dan cara pembayaran juga boleh dibuat secara debit atau kredit kad.

Datuk Seri Mustafar Ali, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.

Datuk Seri Mustafar Ali, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.

Sementara itu, Mustafar berkata 40,590 pendatang tanpa izin telah ditahan berikutan 12,569 operasi yang dijalankan di seluruh negara mulai 1 Januari hingga semalam

Image from Berita Semasa

Image via Berita Semasa

“Di Selangor sahaja, 4,386 pendatang haram ditahan selepas 14,043 warga asing disoal siasat dalam 722 operasi yang telah dilakukan.

Kami akan terus menjalankan operasi sedemikian untuk menghentikan kemasukan pendatang asing tanpa izin,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, 164,471 warga asing diperiksa dan 1,163 majikan ditahan kerana mengambil pekerja asing tanpa dokumen yang sah.

Sumber : Seismik.com

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.