fbpx

Hanya Kerana Pecah Rekod Dunia, Kasut Nike Vaporfly Mungkin Diharamkan Bagi Acara Maraton

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kasut Nike Vaporfly tahun lalu menimbulkan kontroversi apabila teknologi yang digunapakainya dikatakan telah membantu pelumba lari maraton Brigid Kosgei memecahkan rekod dunia yang sebelum ini dipegang oleh Paula Radcliffe .

Dalam acara Chicago Marathon  itu, Kosgei, 25tahun, yang berasal dari Kenya ini telah memenangi larian dengan rekod masa 2 jam 14 minit 4 saat. Ini sekaligus menewaskan rekod lama Radcliffe 2 jam 15 minit 25 saat, rekod terpantas pelumba lari wanita yang berjaya di catatkan pada acara London Marathon pada 2003.

Perbezaan  masa sebanyak 1 minit 21 saat tersebut menyebabkan orang ramai mula mempersoalkan jenis kasut yang dipakainya.

Ini kerana ada kajian yang mengatakan teknologi foam dan tapak kasut karbon fiber yang terdapat pada kasut Nike Vaporfly , mampu memberikan lonjakan yang lebih kepada pemakainya.

Selain dari itu, bahagian atas kasut dicipta untuk tidak pula menyerap air dan peluh walaupun ketika hujan. Ini secara tidak lansung membantu pemakai untuk merasa ringan semasa menggunakannya.

Dalam pada itu, pertubuhan World Athletics telah memperkenalkan peraturan baru yang lebih ketat bagi pemilihan kasut sukan untuk sebarang acara larian.

Tujuan ianya diperkenal bagi mengelakkan isu integriti dan mengelakkan ketidakadiklan dalam sukan larian

Foto – Kashmir Broadcasting Corporation

Malah pemerhatian yang dilakukan juga mendapati kebanyak pelari yang menggunakan kasut ini kerap kali memecahkan rekod kejohanan maraton sehinggakan kebanyakan Atlet atau bukan atlet kini dilihat kerap menggunakan kasut Nike ini.

Selain dari itu, faktor kesihatan jangka masa panjang buat pengguna kasut sukan dengan tapak yang diperbuat dari karbon fiber dan foam berteknologi tinggi ini juga turut di perbincangkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.