fbpx
Now Reading
Converse Tampil Dengan Chuck Taylor Ikonik Dalam Koleksi De Luxe Untuk Wanita

Converse Tampil Dengan Chuck Taylor Ikonik Dalam Koleksi De Luxe Untuk Wanita

Chuck 70 De Luxe Wedge diperkenalkan oleh Converse turut menawarkan ketinggian sehingga empat inci yang membangkitkan DNA terkenal kepada kasut Chuck Taylor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui apabila bercerita mengenai kasut ia tidak hanya kerana fesyen semata-mata sebaliknya ia juga menunjukkan personaliti si pemakai.

Malah kasut yang dipakai juga secara tidak langsung dapat mengambarkan kerjaya serta minatnya tanpa perlu memberitahu kepada orang ramai.

Sama seperti peminat kasut Converse di mana Chuck Taylor sentiasa menjadi pilihan ramai bukan hanya dari keselesaan tetapi gaya yang funky sebaik ia dipakai membuatkan ramai telah jatuh cinta termasuklah golongan wanita.

Bukan hanya itu, pengayaan Chuck Taylor yang universal serta warna-warna yang cantik dan comel sering membuatkan para wanita mengilai setiap keluarannya.

Converse tampil dengan koleksi De Luxe dan kempen ‘Edge of Style’

Baru-baru ini, Converse yang terkenal dengan kreativiti dan ekspresi diri telah tampil dengan ciptaan Chuck Taylor ikonik dalam koleksi De Luxe yang bertapak tinggi.

Malah mereka juga tampil dengan tema atau kempen ‘Edge of Style’ untuk mengalakkan para peminatnya mencari gaya yang baharu dengan siri kasut tumit tinggi. Lebih menarik lagi koleksi De Luxe ini merupakan satu siri kolaborasi bersama pereka wanita yang kreatif.

Dalam koleksi ini Converse telah memberikan satu bentuk dan fungsi untuk penambahan gaya baru yang lebih tinggi dan luar jangkaan Chuck apabila tampil dengan gabungan klasik serta Luxe.

Converse – Chuck 70 De Luxe Wedge tawar ketinggian sehingga 4 inci

Sesuai dengan peminatnya, Converse perkenalkan Chuck 70 De Luxe wedge yang menawarkan kasut tinggi sehingga empat inci.

“Gaya penutup kaki getah bulat Converse yang ikonik telah memberikan satu dimensi dan ekpresi yang baharu selain turut membangkitkan DNA terkenal Chuck Taylor di bahagian atasnya.

“Malah ia turut memperincikan jahitan serta tampalan Converse berbentuk ‘octangular’ dengan jalur warna yang sinonim dengan jenamanya,” ujar Converse.

Kasut ini juga mempunyai tiga variasi warna iaitu hitam, putih serta campuran hitam putih dan dijual pada harga RM619.

Tawarkan Chuck Taylor sebagai insipirasi untuk kreativiti dalam masa depan fesyen

Koleksi De Luxe ini telah dilancarkan dengan kolaborasi kreatif bersama Martine Ali dan juga Feng Chen Wang, di mana mereka terkenal dalam memberikan nafas baharu namun masih mengekalkan status quo. Oleh itu, Converse telah menawarkan Chuck Taylor yang ikonik sebagai inspirasi untuk membangkitkan kreativiti dalam menentukan masa depan fesyen.

Bersempena dengan kempen yang dijalankan, Converse menjadi pemangkin kepada penemuan yang membolehkan anda untuk meneroka apa yang dimaksudkan dengan bergaya tanpa had.

Bagi yang berminat dengan kasut Chuck 70 Deluxe Wedge ini anda boleh mendapatkannya di The Exchange TRX, Pavilion, Mid Valley, Sunway Pyramid dan juga One Utama atau di kedai Digital Flagship di converse.my.

Untuk maklumat lanjut, boleh KLIK SINI.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.