fbpx
Now Reading
Lelaki Selamba Beli Kasut Harga RM5,100 Sebab Kasut Terkena Kopi. Cash Pula Tu! [Video]

Lelaki Selamba Beli Kasut Harga RM5,100 Sebab Kasut Terkena Kopi. Cash Pula Tu! [Video]

Malah dia di dalam video tersebut turut dilihat mengira sejumlah wang tunai yang dipercayai digunakan untuk membayar kasut yang baru dibelinya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bercerita tentang fesyen, pasti ramai bersetuju kalau kami katakan ia adalah satu perkara yang subjektif. Cita rasa makanan pun berbeza, apatah lagi kalau membabitkan gaya dan penampilan.

Malah isu harga turut menjadi perdebatan di mana ada yang lebih suka mendapatkan sesuatu barangan dengan harga munasabah dan ada juga yang sanggup berhabis ribuan ringgit atas nama fesyen.

Terbaharu sebuah video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, Faisal Al Jofry menarik perhatian ramai apabila dia dilihat berbelanja sebanyak RM5,100 hanya untuk membeli sebuah kasut berjenama.

Apa yang lebih mencuri perhatian ialah alasan yang digunakannya untuk mendapatkan kasut berjenama Dior itu iaitu kerana kasut yang sedang digunakannya bagi menghadiri satu mesyuarat terkena tumpahan air kopi.

“Time nak pergi meeting la benda ni berlaku”

@faisaljofry Time nak gi meeting la benda ni berlaku 😅 #fyp #dior ♬ 007 by Riot Ken – tyler funke

Siap kira pakai cash

Malah dia di dalam video tersebut turut dilihat mengira sejumlah wang tunai yang dipercayai digunakan untuk membayar kasut berharga RM5,100 yang baru dibelinya itu.

Perkongsian itu ternyata menerima pelbagai respon dari netizen. Ada yang tidak menyangka dia sanggup berhabisan wang semata-mata untuk mendapatkan kasut berkenaan namun majoriti dilihat menjadikannya satu topik gurauan.

Malah ada segelintir yang mengaitkan perbuatannya dilihat mirip influencer, Aisar Khaled.

Berikut antara komen menarik yang diberikan netizen :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.