fbpx
Now Reading
“Hari Pertama Sesi Rundingan, Excited, Nervous ”- Siti Elizad Jalani Rawatan IVF

“Hari Pertama Sesi Rundingan, Excited, Nervous ”- Siti Elizad Jalani Rawatan IVF

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B8pnJ5DBr7k/

Nampaknya selepas hampir 5 tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Shamsul Baharin Rahman, pelakon pengacara dan penyampai radio, Siti Elizad akhirnya berkeputusan untuk menjalani rawatan kaedah in-vitro fertilisation, IVF.

Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin sekitar minggu lalu lalu telah membuat pengumuman untuk berehat sebentar daripada mengacara program Mingguan Wanita demi untuk memberi fokus pada rawatan tersebut.

Terbaru, sempena hari pertama rawatannya, Elizad menerusi Instagram telah meluahkan rasa teruja dan rasa gementarnya dan berharap agar impiannya untuk bercahaya mata dapat menjadi kenyataan suatu hari nanti.

“Sekarang saya dalam proses IVF. Hari pertama sesi rundingan. Teruja, gementar, gembira dan semua ada. 

“Terima kasih untuk semua yang tak henti-henti doa, komen, DM dan WhatsApp sampai hari ini sangat-sangat saya hargai. Saya terharu. 

“Kebanyakan komen cakap mental kena kuat masa lalui proses IVF ni. Tersangatlah betul kita manusia biasa dan sudah tentu letak harapan yang tinggi. Tapi doakan ya,” katanya.

via mStar

Penyampai radio Sinar FM itu sebelum ini pernah memaklumkan kepada media bahawa doktor ada menasihatkan dia untuk mengambil ubat kesuburan sebelum meneruskan kaedah IVF atau pemanian beradas (IUI).

Dia dalam masa sama turut menasihatkan wanita yang senasib dengannya untuk segera tampil bertemu doktor dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya. 

“Sejujurnya mana-mana senasib seperti saya tolong datang dan berjumpa doktor sebab kita tak tahu, doa, usaha dan tawakal,” ujarnya.

Terdahulu Elizad dan Shamsul Baharin telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 11 Januari 2015.

Kami di Buzzkini mendoakan semoga impian Elizad untuk menimang cahaya mata akan diperkenankan Allah S.W.T kelak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.