Demi Tanggung Kos Perubatan Bini, Lelaki Ini Pilih Jadi Gamer Ayul Rahman

Saat menyaksikan strim langsung gamer, Ayul Rahman bermain permainan video membuatkan penulis berfikir sejenak, ‘ceria betul hidup dia ni!’. Ditambah lagi dengan gaya santainya sewaktu mengulas permainaannya membuatkan penulis yakin orang sebegini pasti jenis yang ‘happy go luck lucky’ dan jarang berfikir tentang masalah.

Namun nampaknya tanggapan penulis agak tersilap. Carian demi carian yang dilakukan akhirnya menemukan penulis dengan satu kenyataan yang agat mengejutkan. Di sebalik gelak tawa dan ayat ‘selamber’ yang digunakannya semasa strim lansung , Ayul sebenarnya memikul satu tanggungjawab berat.

Dan disebabkan tanggungjawab itu juga lelaki ini memilih untuk menjadi ‘Pro Streamer’

Semuamya gara-gara isterinya, Quya Anuar yang di ‘diagnos’ menghidap suatu penyakit yang agak jarang didengari di Malaysia.

Penyakit yang dimaksudkan adalah Pulmonary Hypertension (PH) sejenis penyakit paru-paru yang menyebabkan tekanan di dalam bahagian tersebut agak tinggi sehingga menyebabkan penghidapnya cepat berasa penat, kerap pening dan selalu mengalami kesukaran bernafas.

Disebabkan kes ini jarang terjadi di Malaysia , ubat-ubatan bagi penyakit ini tidak tersenarai dalam senarai ubat subsidi oleh pihak kerajaan menyebabkan kosnya rawatannya juga agak tinggi mencecah sehingga RM9000 sebulan

Dari situ Ayul Rahman, seorang jurufoto sepenuh masa mula mencipta nama sebagai streamer ‘tegar’ dengan membangunkan Aylrhmn Gaming dengan tujuan untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Setakat artikel ini ditulis Aylrhmn Gaming sudah pun mempunyai 21,000 pengikut. Anda boleh follow dan like page Ayul bagi memberi tanda sokongan atas perjuangan lelaki ini dalam membantu isterinya.

Penulis dan Buzzkini mendoakan rezeki Ayul dimurahkan dan segala urusan keluarganya dipermudahkan. Amin

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

21 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago