Ini Amalan Ashraf Sinclair Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Pepatah mengatakan, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Orang yang baik akan meninggalkan nama yang baik.

Begitu juga dengan pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair semalam pagi yang pastinya diratapi seluruh peminat baik di Malaysia mahupun Indonesia.

Namun apa yang menjadi sebutan selepas beliau meninggal adalah amalan mulia dilakukan arwah sepanjang hayatnya masih ada.

Antara yang didedahkan adalah kegiatan arwah yang menjadi penyumbang tetap di Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman di Jakarta, Indonesia.

Menerusi laporan Detik Hot, pengurus yayasan tersebut Ahmad Habib berkata, dia masih terkejut dan tidak percaya dengan berita yang diterima mereka pada awal pagi tadi .

Malah, anak-anak yatim di yayasan berkenaan turut bersedih apabila dimaklumkan dengan perkara berkenaan.

“Beliau ini adalah penderma tetap Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman. Baik hati dan tidak segan menyapa.

“Kami sangat merasa kehilangan saat mendapat berita duka ini.

“Apa saja rezeki yang diterima arwah, dia akan berkongsi dengan kami. Ashraf juga sering datang ke yayasan dan kehadiran terakhir arwah ke sana adalah pada dua bulan lepas,” katanya.

Terdahulu, Ashraf Sinclair yang juga suami kepada aktres popular Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan).

BACA : Ashraf Sinclair meninggal dunia

Sumber: DetikHot

Recent Posts

  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

20 mins ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

26 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

50 mins ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

16 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

17 hours ago