Peminat Doakan Bunga Cinta Lestari dan Anak Tabah Hadapi Pemergian Suami

Pemergian pelakon Ashraf Sinclair akibat serangan jantung semestinya memberi kesan kepada isteri dan anak nya.

Ia juga merupakan satu berita yang bukan sahaja mengejutkan ahli keluarga serta industri hiburan Malaysia dan Indonesia, malah peminat juga turut bersedih di atas kehilangan aktor tersebut.

Sejak tengah hari tadi, video Bunga Citra Lestari yang menangis di sisi jenazah suaminya tular di media sosial. Menerusi video tersebut, BCL berpakaian serba putih dilihat tidak berhenti-henti menangis.

Dalam pada itu, BCL kini berada dalam keadaan sedih dan masih belum bersedia memberikan sebarang keterangan kepada pihak media.

Jenazah Ashraf tiba di rumah mayat di daerah Jakarta Selatan kira-kira jam 7.33 pagi. Bunga dilihat mengiringi jenazah suami yang dibawa daripada Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC) di Kuningan, Jakarta.

Lebih menyentuh hati netizen, satu video lintas langsung yang menunjukkan Bunga dan anaknya Noah ketika pengebumian suaminya. Noah yang menangis ditenangkan oleh ibunya.

Rata-rata netizen turut seakan merasai kesedihan kehilangan orang yang tersayang secara tiba-tiba. Malah mereka turut mendoakan Bunga kuat menghadapi ujian ini.

Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohamad Sinclair, 40 tahun dikebumikan di San Diego Hill, Kerawang selepas solat Asar.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

19 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago