fbpx
Now Reading
Sudah Melepasi Pengesahan SIRIM, Samsung Galaxy Z Flip Bakal Di Lancar ?

Sudah Melepasi Pengesahan SIRIM, Samsung Galaxy Z Flip Bakal Di Lancar ?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika sebelum ini hanya peranti Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra sahaja yang telah disahkan oleh Samsung Malaysia untuk penjualan pasaran tempatan. Malah dapat dirumuskan sewaktu sesi bersama media tempatan, pengeluar telefon pintar gergasi dunia, ini lebih memilih untuk ‘berahsia’ mengenai status pelancaran Galaxy Z Flip.

Namun sebenarnya peranti skrin boleh lipat kedua Samsung selepas Galaxy Fold ini telahpun melepasi pengesahan SIRIM; ini bermakna ia hanya menunggu masa untuk dilancarkan di pasaran tempatan.

via amanz.my

Bakal hadir dengan 3 warna, Mirror Black, Mirror Gold dan Mirror Purple, peranti ini dilengkapi dengan skrin boleh-lipat bersaiz 6.7″ Dynamic AMOLED FHD+ ; skrin beresolusi tinggi yang sentiasa dibanggakan Samsung. Ia juga dijana cip lapan teras Snapdragon 855+, dengan ruang storan 256GB , memori 8GB RAM serta bateri dengan kapasiti 3300 mAh.

Didatangi dengan tiga kamera, kamera utama pada bahagian belakang ini adalah kombinasi 12+12 MP , lensa sudut lebar (wide lens) f/1.8 diikuti lensa ultra sudut lebar (ultra-wide lens) f/2.2.  Manakala kamera depan pula dengan resolusi 10 MP f/2.4.

via Forbes

Selain itu terdapat skrin mini sebesar 1.1″ pada panel luarannya yang boleh memaparkan notifikasi penting, skrin sesentuh untuk menjawab panggilan telefon dan juga skrin kecil untuk mengambil swafoto.

Hmm menarik bukan ?

Peranti ini sudahpun mula dijual di beberapa negara terpilih sejak 14 Februari lalu dengan harga $1380 (RM5702). Nampaknya peminat tegar sudah boleh menyimpan ni.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.