fbpx
Now Reading
Kerajaan Lancar Pakej 5G Rahmah Dengan Harga RM60 Sebulan

Kerajaan Lancar Pakej 5G Rahmah Dengan Harga RM60 Sebulan

Menurut Fahmi Fadzil, rakyat kini berpeluang menikmati Pakej 5G Rahmah dengan harga RM60 sebulan bagi penggunaan data sebanyak 60 gigabait (GB) bermula 31 Ogos ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui kemudahan internet di Malaysia telah mula beralih ke fasa teknologi 5G. Pada peringkat permulaan dilancarkan, hanya terdapat beberapa lokasi yang menikmati perkhidmatan ini antaranya di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Kini, perkhidmatan ini semakin berkembang dan meluas terutama di kawasan Semanjung Malaysia sebagai contoh seluruh Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Dengan kemajuan teknologi 5G ini, ia sedikit sebanyak membantu memudahkan urusan harian termasuklah aktiviti penstriman yang menjadi lebih pantas berbanding rangkaian 4G yang digunakan pada ketika ini.

Kerajaan Lancar Pakej 5G Rahmah

Bagi memudahkan rakyat menikmati kemudahan rangkaian 5G di Malaysia, kerajaan telah mengumumkan pakej internet 5G dengan harga rahmah serendah RM60 bermula 31 Ogos.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi akaun Twitter miliknya semalam (7 Ogos).

Menurut beliau, rakyat kini berpeluang menikmati Pakej 5G Rahmah dengan harga RM60 sebulan bagi penggunaan data sebanyak 60 gigabait (GB).

Malah, pengguna juga boleh menikmati tawaran istimewa pakej pembelian telefon pintar 5G pelan data (device bundle) dengan harga serendah RM240. Pakej ini merangkumi telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G.

Tawaran Istimewa Buat Golongan B40 dan Penjawat Awam

Buat golongan B40, 100,000 pembeli pertama bakal menikmati harga istimewa pakej pembelian telefon pintar 5G pelan data dengan harga promosi serendah RM120.

Sama seperti Pakej 5G Rahmah, pakej ini juga akan mula ditawarkan di pasaran bermula 31 Ogos dengan kontrak langganan selama 24 bulan. Malah, pengguna juga bakal menikmati tempoh waranti yang istimewa iaitu 2 tahun berbanding hanya 1 tahun pada sebelum ini.

Penjawat awam juga tidak terkecuali dari menerima keistimewaan. Kini, penjawat awam boleh menikmati rebat RM10 sebulan bagi mana-mana pakej postpaid sedia ada di bawah Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam.

Insentif ini membolehkan penjawat awam mendapat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun. Keistimewaan ini juga akan mula dinikmati bermula 31 Ogos nanti.

Untuk info, tawaran istimewa pakej 5G Rahmah dan Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam dilancarkan sempena bulan kebangsaan. Ia merupakan hasil kerjasama di antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Inisiatif ini turut melibatkan dua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan dua syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia.

Menurut Fahmi, inisiatif ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan memastikan rakyat mendapat internet berkualiti dengan harga berpatutan.

Foto: FB Kementerian Komunikasi & Digital

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.