fbpx
Now Reading
Seiring Dengan Kempen SDG, Sunway Malls Tampil Dengan 6 Inisiatif Kelestarian
Sunway Malls tampil dengan 6 inisiatif SDG

Seiring Dengan Kempen SDG, Sunway Malls Tampil Dengan 6 Inisiatif Kelestarian

Enam inisiatif yang dilakukan oleh Sunway Malls ini merupakan salah satu usaha ke arah masa depan yang mampan untuk mewujudkan kelestarian kepada alam sekitar serta pembangunan masyarakat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Alam semulajadi merupakan anugerah tidak terhingga yang diberikan oleh Tuhan yang maha berkuasa kepada bumi. 

Negara yang maju bukan hanya pembangunan semata-mata tetapi dengan menyediakan udara dan air bersih serta persekitaran yang selamat juga dapat meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Kini, pembangunan telah berjalan pesat seiring dengan teknologi yang canggih, secara tidak sedar telah memberikan kesan buruk kepada masyarakat. 

Hal ini telah menyebabkan, pembangunan masyarakat dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar juga terjejas. 

Namun, perkara ini dapat dibendung melalui perspektif masyarakat tentang perkembangan ekonomi yang tidak seimbang dengan melihat dunia dari sudut berbeza. Antara kaedah yang dapat membantu mencapai kemajuan dan kelestarian adalah dengan menerapkan matlamat pembangunan mampan.

Apa itu Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)?

Foto: Sunway Malls

Oleh itu, demi mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat, kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial yang lebih baik, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memperkenalkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan 17 matlamat.

Ia adalah sebagai garis panduan dalam membantu negara untuk menghapuskan masalah seperti kemiskinan, pembaziran, kesihatan masyarakat, pembangunan serta banyak lagi.

Secara ekonominya amalan mampan ini dapat memberikan persekitaran yang lebih sihat, selamat, serta produktif kepada masyarakat dan alam sekitar.

Manakala dari segi sosial pula amalan lestari ini dapat membantu dalam mengukuhkan ikatan komuniti, meningkatkan kualiti hidup masyarakat selain memberikan masa depan yang lebih baik.

Malah pada alam sekitar pula, dengan mempraktikan kelestarian ia dapat melindungi sumber semula jadi selain dapat mengurangkan masalah perubahan iklim dan menggalakkan kepelbagaian biodiversiti. 

Sunway Malls usaha ke arah masa depan mampan 

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan bahawa kerajaan bakal menubuhkan pusat SDG negara di bawah Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Penubuhan itu bertujuan untuk memperkasa serta mempergiatkan lagi program-program dan untuk memantau kemajuan SDG di Malaysia.

Foto: Sunway Malls

Sehubungan itu, Sunway Malls yang juga komited dengan UN-SDG terhadap alam sekitar serta sosial untuk kebaikan masyarakat telah tampil dengan melaksanakan enam inisiatif dalam usaha mereka untuk menyokong matlamat SDG.

“Kempen tindakan UN-SDG merupakan satu usaha yang baik dan padu dalam membawa advokasi, penglibatan rakyat, perubahan tingkah laku dan kemahuan politik untuk memacu tindakan ke arah SDG sebagai satu kenyataan.

“Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat, terutamanya mengenai perubahan iklim, bahawa pembangunan untuk generasi sekarang tidak memnjejaskan generasi yang seterusnya.

“Kelestarian bukan hanya tanggungjawab kepada satu individu tetapi untuk semua. Oleh itu, dengan membuat pilihan yang tepat dalam kehidupan harian, kita sudah selangkah ke arah masa depan yang mampan.

“Kami membayangkan masa depan bagi Sunway Malls yang bukan hanya hijau tetapi turut dijadikan contoh model pembangunan mampan yang pintar, agar menjadi tempat yang lebih baik kepada generasi akan datang.

“Sunway Group merupakan syarikat yang percaya kepada pembangunan mampan serta penyokong matlamat SDG,” kata Chan Hoi Choy, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls serta Taman Tema.

Sunway Malls dalam masa sama, sedang berusaha ke arah masa depan yang mampan dengan memberi kerjasama kepada masyarakat dan pihak berkepentingan serta dalam proses membawa perubahan yang penting untuk menggalakkan lagi kelestarian alam sekitar.

Oleh itu, sebanyak enam inisiatif kelestarian telah digunakan dalam usaha syarikat ini membentuk alam sekitar yang lestari selain mencapai objektif untuk menyokong matlamat SDG.

6 inisiatif Sunway Malls untuk matlamat SDG:

#1 Pembangunan Operasi Mampan

Foto: Freepik

Antara inisiatif dalam pembangunan operasi mampan untuk mencapai matlamat SDG adalah mengoptimumkan sistem pengurusan tenaga dan penggunaan sumber air yang cekap.

Malah Sunway Malls juga telah melancarkan penggunaan tandas pintar atau IoT toilet, yang mempunyai sistem lebih efisien di mana ia dapat membantu dalam mengurangkan penggunaan air selain memberikan pengalaman kebersihan dari segi kesihatan agar lebih selamat kepada pengguna.

Selain itu, syarikat ini turut memperkenalkan sistem parkir pintar di mana ia hanya akan mengesan nombor pendaftaran kenderaan dan boleh dibayar dengan pelbagai mod pembayaran tanpa perlu membuat bayaran secara tunai.

Bukan itu sahaja, mereka turut menggunakan panel solar sebagai salah satu langkah untuk menjimatkan kos elektrik serta dalam pada yang mempunyai peranan penting dalam mengurangkan gas rumah hijau serta membantu mengatasi masalah perubahan iklim.

Ia kerana dapat melindungi manusia, kehidupan liar serta ekosistem di bumi.

#2 Pengurusan sisa

Foto: Pexels

Pengurusan sisa ialah cara bagaimana untuk memproses atau mengitar semula bahan buangan yang dilakukan oleh manusia agar ia boleh digunakan semula sebagai contoh sistem pembuangan makanan.

Tahukah anda bahawa melalui kajian negara Malaysia menyumbang kepada lebih 16,000 tan kepada pembaziran makanan, di mana jumlah ini cukup untuk memberi 12 juta orang yang kelaparan makan sebanyak tiga kali sehari. 

Oleh itu, dalam inisiatif untuk menguruskan sisa makanan dengan berkesan Sunway Pyramid telah membuat pelaburan dengan membeli mesin pengkomposan makanan agar ia ditukar menjadi sisa makanan yang kemudian boleh digunakan untuk tumbuh-tumbuhan.

Sunway Malls juga menggunakan sistem kitar semula air dengan menggunakan pengumpulan air hujan dan juga perkongsian kitar semula seperti tong kitar semula fabrik.

Selain itu, kita juga dapat melihat secara jelas apabila  ‘retailers’ turut bersama-sama menjalankan inisiatif untuk menghasilkan beberapa produk yang mesra alam seperti menyediakan penyedut minuman kertas, melakukan kempen kitar semula barangan lama, serta banyak lagi.

#3 Pembangunan masyarakat

Foto: Freepik

Pihak Sunway Malls dalam masa yang sama turut menggalakan pembangunan masyarakat terutama dalam kesihatan dengan menyediakan program vaksinasi bagi Covid-19, program makanan, menyediakan pusat beli-belah mesra Autsome (autisme dan awesome).

Ia secara tidak langsung menggalakkan masyarakat untuk menitikberatkan kesihatan serta dalam masa sama memberikan kemudahan kepada golongan tertentu apabila muncul dengan konsep mesra autisme seperti yang dilakukan di Sunway Putra Mall.

#4 Pertanian bandar

Foto: BuzzKini

Pertanian di bandar bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi, malah kini telah banyak yang melakukan perkara ini seperti di rumah, bangunan dan banyak lagi sebagai salah satu usaha untuk melestarikan alam sekitar.

Oleh itu, Sunway Malls juga tidak terlepas untuk mengambil peluang ini dengan melakukan pertanian bandar di dalam bangunan mereka seperti Sunway XFarms di mana ia secara tidak langsung dapat membantu untuk memberikan udara yang bersih kepada alam sekitar khususnya di kawasan bandar.

Foto: Sunway Malls

Bukan itu sahaja, The Farm juga merupakan sebuah hab pertanian bandar di Sunway Pyramid dan bazar hijau di mana ia memberi pilihan kepada pembeli untuk memilih kehidupan lestari yang mampan.

Malah, apa yang lebih menarik menerusi The Farm adalah ia turut menarik masyarakat untuk memulakan pertanian di bandar demi kehidupan lestari yang lebih baik.

Dalam masa yang sama membantu masyarakat yang tinggal di bandar untuk mendapatkan sumber makanan seperti sayur-sayuran yang lebih sihat dan berkualiti tinggi.

#5 Green lease

Foto: Pexels

Sunway Malls merupakan pusat beli belah yang pertama di Malaysia yang melakukan green lease atau pajakan hijau di dalam bangunannya yang dalam masa sama dapat mewujudkan suasana mesra kepada alam sekitar.

Antara faedah melakukan green lease ini adalah dapat mengurangkan pengeluaran karbon dan menjimatkan kos, manakala pengurusan sisa pula akan diagihkan mengikut beberapa kategori seperti plastik, kertas dan juga makanan seperti yang sering kita lihat berada di dalam pusat beli-belah.

Bukan itu sahaja, pengurusan sisa yang baik mampu mengurangkan kadar sampah dan memudahkan proses untuk dikitar semula di mana ia tidak perlu dibawa ke tempat pelupusan sampah.

Ia secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat dalam masa sama untuk mempraktikkan amalan kitar semula sebagai rutin harian mereka.

Bagi SDG Compliance outlet fit-out pula, pusat beli belah ini lebih menggunakan pencahayaan yang semula jadi.

Selain itu, ia juga menggunakan cat yang mesra alam di mana mengandungi bahan kimia yang rendah dan dapat meningkatkan kualiti udara, dalam masa sama dapat menjimatkan air melalui pengumpulan air hujan. 

#6 Perolehan hijau

Foto: Freepik

perolehan hijau ialah penggunaan bahan atau produk yang kurang memberikan kesan buruk kepada alam sekitar di mana ia dibeli melalui sumber yang bertanggungjawab.

Selain itu, barangan yang dibeli juga menggalakkan lagi dalam kelestarian alam sekitar selain dapat mempertimbangkan bahan kitar semula bagi mempromosi ekonomi untuk pembangunan masyarakat yang lebih maju di masa hadapan.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih menarik lagi usaha ini turut dijalankan di kesemua pusat beli-belah milik Sunway Malls seperti:

– Sunway Carnival Mall

– Sunway Pyramid

–  Sunway Giza Mall

– Sunway Putra Mall

– Sunway Velocity Mall

– Sunway Big Box Retail Park

Dalam pada masa sama, usaha ini turut melibatkan rakan kongsi serta ‘retailers’ untuk menyokong matlamat pusat beli-belah ini apabila mereka turut menyumbang seperti mengitar semula bekas alat solek dan banyak lagi. 

Dengan adanya usaha seperti yang dilakukan oleh Sunway Malls ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam menyelesaikan masalah pencemaran yang berlaku di negara ini serta memberikan suasana alam sekitar yang lebih baik di masa hadapan. 


Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Sunway Malls ini, anda boleh klik terus di link ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.