fbpx
Now Reading
Terajui Matlamat Pembangunan Lestari PBB, Sunway Malls Lancar 6 Inisiatif Kelestarian
Sunway Malls 6 inisiatif

Terajui Matlamat Pembangunan Lestari PBB, Sunway Malls Lancar 6 Inisiatif Kelestarian

Selain 6 inisiatif ini, Sunway Malls juga bakal menganjurkan kempen ‘Together for Goods’ yang bermula dari 10 September hingga 2 Oktober ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam usaha menjadi negara maju, sesebuah negara antaranya Malaysia pasti sedang mengalami pembangunan yang pesat seiring dengan matlamat yang ingin dicapai.

Keadaan ini bagaimanapun telah memberikan beberapa kesan-kesan sampingan dan menjejaskan ekosistem bumi hingg berlakunya pelbagai bencana alam.

Ini secara tidak langsung telah mengganggu kehidupan masyarakat apabila mereka tidak lagi dapat menikmati kualiti hidup yang baik.

Sehubungan dengan itu, bersempena dengan Hari Tindakan Global untuk Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-SDG) pada 25 September, Sunway Malls telah memperkenalkan enam inisiatif SDG sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.

Enam inisiatif tersebut adalah:

– Green lease (Pemajakan hijau)

– Operasi mampan

– Perolehan hijau

– Pengurusan sisa

– Pembinaan komuniti

– Pertanian bandar

Bangunkan alam sekitar, sosial, tadbir urus (ESG)

Menerusi insiatif ini, Sunway Malls dapat menerima serta membangunkan alam sekitar, sosial serta tadbir urus (ESG) agar selaras dengan aspirasi dan matlamatnya dalam menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik kepada generasi yang akan datang.

Oleh itu, bermula dari 10 September hingga 2 Oktober 2022, Sunway Malls akan menganjurkan kempen ‘Together for Good’ seiring dengan komitmen mereka terhadap alam sekitar dan sosial UN-SDGs demi kebaikan masyarakat.

Apa yang menjadikan ianya lebih menarik ialah sepanjang kempen ini berlangsung, pengunjung juga dapat bersama-sama mengambil bahagian dengan menyertai pelbagai aktiviti dan bengkel yang mempromosikan gaya hidup yang lebih mesra alam.

Mempunyai pendekatan yang holistik

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls dan Taman Tema, HC Chan memaklumkan bahawa pusat membeli-belah tersebut mempunyai pendekatan yang holistik dengan melibatkan rakan kongsi, pekerja dan penggunanya untuk bersama-sama dalam misi kelestarian Sunway Malls.

“Kelestarian bukan hanya tanggungjawab satu individu tetapi semua. Oleh itu, dengan membuat pilihan yang tepat dalam kehidupan seharian, kita sudah selangkah ke arah masa depan yang mampan.

“Kami membayangkan masa depan bagi Sunway Malls yang bukan hanya hijau tetapi turut dijadikan contoh model pembangunan mampan yang pintar, agar menjadi tempat yang lebih baik kepada generasi akan datang,” katanya.

Buat ketika ini, Sunway Malls telah mengenal pasti lapan UN-SDGs khusus yang perlu diberikan perhatian seperti:

– Matlamat 3: Tahap Kesihatan dan Kesejahteraan Yang Baik

– Matlamat 4: Pendidikan Berkualiti

– Matlamat 6: Air Bersih dan Sanitasi

– Matlamat 7: Tenaga Mampu Milik dan Bersih

– Matlamat 10: Merapatkan Jurang Ketidaksamaan

– Matlamat 12: Konsumsi dan Produksi Berhemah

– Matlamat 13: Perubahan iklim

– Matlamat 17: Kerjasama untuk Mencapai Matlmat-Matlamat Sasaran

Bukan itu sahaja, Sunway Malls turut sedar bahawa kepentingan untuk menjalinkan usaha sama dengan semua pihak agar ia dapat melakukan perubahan yang lebih baik supaya dapat dilakukan oleh semua peruncit, pihak berkepentingan serta pengguna.

Malah ini termasuklah dengan memberi tumpuan berterusan kepada enam insiatif utama kelestarian mampan.

Pemajakan Hijau dan Perolehan Hijau

Sunway Malls merupakan pusat beli belah yang pertama di seluruh Malaysia yang mengamalkan sistem pemajakan hijau sebagai sebahagian daripada usahanya ke arah pelaksanaan yang lebih mesra alam.

Ini kerana, ia bukan hanya memberi manfaat kepada pembeli tetapi turut membantu alam sekitar.

Ini termasuklah menyelaraskan dengan Perolehan Hijau Malaysia untuk memangkin penggunaan mampan dan pengeluaran produk dan perkhidmatan yang berasaskan teknologi hijau.

Pajakan hijau juga menggunakan pendekatan 3E: Educate (mendidik), Encourage (menggalak) dan Enforce (menguatkuasakan). Sunway turut mengamalkan sumber yang bertanggungjawab dan memperoleh barangan yang berlatarkan alaman lestari bermula pada tahun 2023.

Malah, Sunway akan memilih pembekal, kontraktor, serta vendor yang berkongsi sentimen sama untuk dijadikan rakan kongsi.

Pengurusan Sisa

Sunway Malls mengamalkan dan menggalakkan pengitaran semula, pengomposan makan dan juga menggunakan kelengkapan yang mematuhi saranan SDG bagi pencahayaan dan air untuk memastikan tiada pembaziran sumber yang berlaku atau diminimumkan.

Penuaian air hujan diamalkan bagi membekalkan sumber air kepada Sunway City Kuala Lumpur, dan Sunway Malls juga telah menjalinkan usaha sama dengan organisasi-organinasi seperti Kloth Care yang turut menggalakkan pengitaran semula fabrik untuk pelbagai kegunaan.

Pusat beli-belah ini dalam masa sama turut komited dalam mengurang penggunaan plastik sekali guna di kesemua kawasan serta memastikan 30% daripada semua dekorasi perayaan hendaklah dibuat daripada bahan kitar semula.

Manakala, melalui inisiatif Food CPR, Sunway Malls mengompos 500 liter atau 500 kilogram (kg) sisa makanan setiap hari di mana ia dapat menggalakkan ekonomi kitaran tetapi dalam masa sama dapat mengelakkan sisa makanan dihantar ke tapak pelupusan dan dapat mengurangkan perlepasan rumah hijau.

Pusat membeli-belah ini juga dalam masa sama turut bekerjasama rapat dengan Forest Stewardship Council (FSC) untuk mengurangkan pembaziran kertas.

Operasi Lestari

Sunway Malls juga komited dalam menjadikan pusat beli-belah ini lestari rendah karbon yang memiliki bangunan hijau, sumber tenaga boleh diperbaharui dan sebagainya.

Oleh itu, rangkaian pusat beli-belah ini telah menerima pakai pelbagai amalan yang inovatif bagi meningkatkan efisiensi, produktiviti dan menjimatkan kos bagi menjalankan operasi secara lestari.

Ia termasuklah usaha seperti melancarkan sistem Parkir Pintar Sunway yang bercirikan pembayaran tanpa tunai dan tanpa sentuh, sistem internet Tandas (IoT) yang pertama di Malaysia, serta penggunaan panel solar untuk menjana sumber tenaga bersih.

Pembangunan Komuniti dan Pertanian Urban

Pusat beli-belah merupakan komponen yang penting dalam sesebuah komuniti, dan Sunway selalu berusaha untuk berkongsi semangat keprihatinan dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Setelah vaksin Covid-19 menular di negara ini, Sunway telah menyediakan pelbagai kemudahan secara percuma untuk memastikan usaha vaksinasi sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengecapi imuniti kelompok.

Bagi memerangi isu sekuriti makanan pula, program Food for Thought yang menggalakkan warga umum untuk menderma makanan telah dijalankan di seluruh rangkaian pusat beli-belah ini, malah bank makanan serta tabung derma turut disediakan untuk membantu komuniti B40 serta mangsa banjir.

Tambahan lagi, komuniti autisme serta penjaga mereka turut boleh menggunakan fasiliti dan bilik Autsome apabila mereka mengunjungi pusat membeli-belah Sunway yang terpilih.

Pelancaran The Farm yang dilakukan baru-baru ini, juga merupakan sebuah hab pertanian bandar di Sunway Pyramid dan bazar hijau di mana ia memberi pilihan kepada pembeli untuk memilih kehidupan lestari yang mampan.

Dalam masa sama, Sunway Malls juga tidak lama lagi akan memperkenalkan, inisiatif READ Library Project di mana ini bertujuan untuk memudahkan golongan yang tidak bernasib baik tetapi mempunyai minat yang mendalam dalam membaca.

Selain itu, pembeli juga dapat melihat lebih banyak lagi insiatif lain yang bertemakan kelestarian daripada Sunway Malls sepanjang tahun ini, sementara rangkaian pusat beli-belah ini terus melangkah secara proaktif untuk memberikan masa depan yang lestari.

Untuk maklumat lanjut berhubung komitmen Sunway Malls ke atas kelestarian dan UN-SDGS, anda boleh melayari laman sesawang serta platform media sosial Sunway Malls

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.