fbpx
Now Reading
“From Waste To Wow” – Julie’s Kolaborasi Bersama Beyond Bins Serlahkan Kreativiti Dalam Kitar Semula

“From Waste To Wow” – Julie’s Kolaborasi Bersama Beyond Bins Serlahkan Kreativiti Dalam Kitar Semula

Dalam bengkel ini, peserta akan diajar untuk membuat lampu lentera dengan menggunakan tab ‘Love Letters’ daripada Julie’s Biscuit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui aktiviti mengitar semula adalah satu usaha yang baik untuk bumi.

Malah kita sentiasa dingatkan dengan konsep 3R yang bermaksud ‘Reduce, Reuse and Recycle’. Oleh itu, barangan seperti plastik, kertas, kain dan banyak lagi boleh diasingkan untuk dikitar semula.

Apa yang lebih menarik, barangan kitar semula ini juga mungkin boleh menjana pendapatan untuk anda sebagai contoh dijadikan barangan perhiasan lalu dijual semula pada harga yang tinggi.

Yang penting anda hanya perlu menjadi seorang yang kreatif!

Julie’s Biscuits anjur bengkel ‘From Waste to Wow’ dengan kerjasama Beyond Bins

Hari ini (10 November), Julie’s Biscuits menganjurkan sebuah bengkel ‘From Waste to Wow’ dengan menggunakan bungkusan tab ikonik mereka iaitu ‘Love Letters’.

Bengkel yang dianjurkan dengan kerjasama Beyond Bins daripada Inisiatif Biji-Biji merupakan sebuah inovatif untuk memberikan inspirasi kepada para jemputan dengan menyediakan pengalaman informatif dan interaktif yang dapat mempromosikan kelestarian, kreativiti dan perkembangan kendiri.

Peserta diberi peluang hias tab ‘Love Letters’ dengan menjadikannya sebagai lampu lentera

Dalam bengkel ini, peserta berpeluang untuk menonjolkan kreativiti mereka dengan menghias semula tab plastik ‘Love Letters,’ bagi menunjukkan kepentingan upcycling serta mengurangkan pembaziran plastik.

Malah mereka juga akan diajar langkah demi langkah seperti asas kemahiran elektronik.

Tekankan komitmen dan tanggungjawab kepada alam sekitar

Kerjasama dengan Beyond Bins menekankan komitmen kepada tanggungjawab alam sekitar dan mempamerkan peluang tanpa batas untuk menukar sisa menjadi hasil yang kreatif dan berfungsi.

Di dalam bengkel “From Waste to Wow” ia turut menampilkan domonstrasi praktikal dan mempromosikan kemahiran praktikal dengan panduan mereka yang mahir dalam dunia upcycling.

“Kami percaya dalam kuasa transformatif upcycling. Oleh itu, bengkel ini adalah suatu penampilan pertama untuk menggalakkan aktiviti kreatif bagi menukarkan tab plastik ”Love Letters’ biasa menjadi sebuah lentera yang bercahaya.

“Berkolaborasi bersama Beyond Bins yang merupakan sebuah Inisiatif Biji-Biji, adalah sejajar dengan misi kami untuk menginspirasikan perubahan positif dan mengurangkan kesan alam sekitar,” ujar Pengarah Julie’s Biscuit, Tzy Horng Sai.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.