fbpx
Now Reading
“Bawa Balik Bagi Anak Mesti Seronok” – Aksi Tukang Cuci Kutip Mainan Di Tempat Sampah Buat Netizen Sebak

“Bawa Balik Bagi Anak Mesti Seronok” – Aksi Tukang Cuci Kutip Mainan Di Tempat Sampah Buat Netizen Sebak

Pengguna yang memuat naik video berkenaan berkata dia menyedari perkara tersebut ketika ingin menyidai baju di rumahnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak kira latar belakang mahupun status kewangan, ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Walaupun kelihatan remeh, namun permainan sebenarnya penting bagi perkembangan kanak-kanak dan berfungsi sebagai alat pendidikan.

Alat permainan yang berkualiti sememangnya sesuatu yang mahal. Oleh itu, mereka yang tidak berkemampuan mungkin akan membeli atau mendapatkan mainan terpakai bagi anak-anak.

Tular satu video di media sosial TikTok baru-baru ini yang menunjukkan seorang tukang cuci sedang memilih mainan yang diletakkan di dalam plastik di satu tempat pembuangan sampah.

Individu yang memuat naik video tersebut (@azzx970) berkata dia ternampak situasi itu apabila ingin menyidai pakaian di rumahnya.

Kutip Mainan Terpakai Yang Masih Elok

Dia menulis di video tersebut bahawa mainan yang dibuang oleh individu kaya akan diambil oleh mereka yang kurang berkemampuan untuk diberi kepada anak-anak.

“Orang Kaya: Kita buanglah mainan lama ni. Nanti kita beli baru,” tertera pada video tersebut.

Katanya lagi, sebaliknya orang yang susah akan melihat mainan itu masih elok dan boleh dibawa pulang untuk diberi kepada anak-anak untuk menggembirakan mereka.

Video itu sekaligus menyebabkan orang ramai berasa terharu dengan tindakan wanita yang dipercayai seorang ibu yang mahu memberi kegembiraan kepada anak-anak. Malah ada juga yang berkata dia ingin membelanjakan mainan baharu untuk anak kepada tukang cuci berkenaan.

@azzx970

GEMBIRA terletak dimana kita BERSYUKUR apa yang ada #fypシ゚viral #anak #hargai

♬ Kamu Dan Kenangan – Shanna Shannon

Netizen Kongsi Pengalaman Kutip Mainan

Melihat video yang penuh hiba itu, ramai individu turut mengambil peluang berkongsi pengalaman dan nostalgia mengutip mainan yang telah dibuang oleh orang lain.

Seorang pengguna TikTok berkata kebanyakan mainan anaknya didapati daripada tong sampah kitar semula. Tambahnya, mainan tersebut akan dibersihkan dahulu sebelum diberikan kepada anak-anak.

Terdapat juga individu yang menceritakan pengalaman ibu mereka dahulu mengutip barang-barang yang dibuang untuk diberikan kepada mereka.

Seorang lagi pengguna berkongsi kenangan sewaktu kecil apabila dia menunggu air pasang di Bagan Hailam, Port Klang kerana akan ada banyak mainan hanyut ke tepi darat.

Kumpul Mainan Lama Untuk Beri Pada Orang Lain

Dalam pada itu, orang ramai berkata mereka mengasingkan mainan atau barangan yang masih elok untuk diberikan kepada mereka yang berminat.

Ada yang turut mengajar anak-anak agak memberikan mainan yang masih cantik dan elok kepada kanak-kanak lain yang lebih memerlukannya.

Seorang individu menceritakan bahawa dia pernah mengajak tukang cuci ke rumahnya untuk mengambil barang-barangnya yang masih elok sewaktu dia mahu berpindah.

Buang Barang Lama Kerana Tidak Mahu Dihisab

Di samping itu, ada individu berkata dia membuang barangan yang tidak digunakan lagi kerana tidak tahu boleh diberi kepada sesiapa.

Katanya lagi, dia membuang barang-barang tersebut kerana mempercayai ia akan dihisab jika tidak digunakan lebih daripada 40 hari.

Kesemua harta kepunyaan seseorang sememangnya akan dihisab di akhirat kelak dan ditanyakan tujuan barang tersebut.

Berdasarkan kepada satu hadis, barang yang tidak digunakan lebih elok disedekahkan kepada orang yang lebih memerlukan. 

“Sesiapa yang memakai pakaian yang baru, hendaklah dia mengucapkan: Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan aku sesuatu yang dapat menutup auratku dengannya dan telah memperindahkan diriku di dalam kehidupan ini. Kemudian dia pergi kepada pakaian yang telah ditanggalkannya itu (pakaian lama) lalu dia menyedekahkannya, maka dia berada di bawah lindungan Allah, pemeliharaanNya dan ditutup (keaibannya) semasa hidup dan selepas meninggal dunia.” 

Hadis Riwayat Umar Al-Khattab, 3/134

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.