fbpx
Now Reading
Mengandungi Racun! CAP Gesa Ibu Bapa Elak Beri Anak Alat Mainan Plastik

Mengandungi Racun! CAP Gesa Ibu Bapa Elak Beri Anak Alat Mainan Plastik

Jelas pegawai penyelidik CAP, Hatijah alat permainan plastik yang beracun itu juga membahayakan kesihatan kerana boleh menyebabkan kerosakan hati, buah pinggang dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Permainan merupakan antara alatan yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak khususnya untuk merangsang otak mereka.

Ini kerana, setiap permainan sebenarnya mempunyai peranan tersendiri bagi daya pemikiran kanak-kanak sebagai contoh dari segi warna dan juga teksturnya.

Walau bagaimanapun, demi keselamatan anak-anak ramai ibu bapa yang memilih untuk membeli permainan yang bersifat lembut (soft toys) yang diperbuat daripada pelbagai material antaranya adalah plastik.

Ia bertujuan agar anak-anak seperti bayi dan kanak-kanak tidak tercedera atau tertelan sewaktu bermain dengan permainan berkenaan selain turut digunakan untuk bayi yang baru dalam proses pertumbuhan gigi.

CAP sahkan alatan mainan plastik ada parafin berklorin

Terbaharu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa ibu bapa untuk menghindari daripada memberikan alat mainan plastik kepada anak-anak kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang dipanggil parafin berklorin.

Parafin berkolrin dikelaskan berdasarkan panjang rantai karbon selain ia turut disifatkan sebagai bahan toksik yang digunakan untuk membuat pelbagai jenis plastik dan ia termasuklah alatan mainan untuk kanak-kanak.

Boleh menyebabkan berlaku pelbagai masalah kesihatan

Perkara itu secara tidak langsung tidak hanya membahayakan malah boleh mengakibatkan berlakunya masalah kerosakan hati serta buah pinggang, kanser dan juga otak yang sedang berkembang, lapor Kosmo.

Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim menjelaskan menerusi kajian yang dilakukan bersama International Pollutants Elimination Network (IPEN) telah mendapati alat permainan yang dibeli dari beberapa kedai di Pulau Pinang juga mengandungi parafin berklorin rantai tinggi.

Jelasnya, antara 31 alat permainan yang dijadikan sampel bahan adalah kuda tiup, ayam menjerit, itik getah, anak patung dan juga beruang plastik.

Bahan berkenaan dikumpul dari 10 negara termasuk Malaysia selain ia juga dianalisa di makmal terletak di Prague, Rebublic Czech.

“Hasil ujian kesemua mainan yang dikumpul itu mengandungi parafin berklorin rantai pendek (SCCP) dan tinggi (MCPP). SCCP diharamkan secara global manakala MCCP sedang dinilai bagi pengharaman global.

“Oleh itu, alatan mainan plastik yang digunakan oleh kanak-kanak, kebiasaannya dimasukkan ke dalam mulut atau sebagai bahan gigitan (teether) untuk bayi ketika proses tumbuh gigi adalah sangat toksik sehingga boleh diklasifikasikan sebagai sisa bahaya,” ujarnya.

Bahan kimia yang ada dalam alat permainan berada di tahap membimbangkan

Bukan hanya itu, dalam kajian IPEN yang dijalankan turut mendapati kepekatan bahan kimia yang berada dalam alat permainan juga sangat tinggi dan berada di tahap yang membimbangkan.

“Hasil uji kaji yang diterbitkan oleh IPEN pada Oktober lalu menyerlahkan keperluan mendesak untuk mengawal selia bahan kimia ini secara global dan merentasi kerja kawal selia.

“Tiada alat mainan yang diuji oleh IPEN dilabelkan bagi kehadiran bahan kimia toksik yang diperlukan bagi kepentingan pelabelan dan kebolehkesanan sepanjang kitaran hayat plastik.” 

Oleh itu, CAP meminta larangan bahan kimia terbabit selain turut menggesa kerajaan negara ini untuk meratifikasi Konvensyen Stockholm.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.