fbpx
Now Reading
Maggi Dorong Kaum Hawa Sertai Ekonomi Digital Dengan Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi 2023

Maggi Dorong Kaum Hawa Sertai Ekonomi Digital Dengan Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi 2023

Sejak program itu dimulakan pada 2020, ia telah memberi impak kepada lebih 3,500 wanita di seluruh negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

MAGGI® mengukuhkan komitmen dalam memperkasakan wanita dan pemilik perniagaan kecil melalui Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (PMWCBM).

Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa 2023, MAGGI® telah mengumumkan edisi ketiga PMWCBM dengan kerjasama syarikat teknologi seperti Google, Meta dan TikTok.

Kerjasama ini menawarkan bengkel peningkatan kemahiran (upskilling) komprehensif dan masterclass yang memfokuskan penciptaan kandungan untuk media sosial, pertumbuhan peribadi (personal growth) dan cara mengembangkan perniagaan makanan.

Sejak dilancarkan pada 2020, program itu telah memberi impak kepada lebih 3,500 wanita di seluruh negara.

Pada majlis pelancaran itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Sri Nancy Shukri berkata, “Tema Hari Wanita Antarabangsa tahun ini, #EmbraceEquity, sejajar dengan matlamat kementerian kami untuk mempromosikan penyertaan aktif wanita dalam tenaga kerja.

“Meningkatkan kemahiran wanita dan komuniti terpinggir dengan kemahiran digital akan menawarkan peluang pendapatan baharu, mengecilkan jurang kesaksamaan jantina,” kata Nancy.

Jelasnya lagi, kesaksamaan gender memerlukan penglibatan, kerjasama dan sokongan pelbagai pihak berkepentingan.

“Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama antara pihak swasta dan sektor awam yang menggalakkan ini. MAGGI® akan bekerjasama dengan Kementerian mengenai jangkauan komuniti akar umbi dengan tumpuan utama kepada komuniti B40, menawarkan bengkel peningkatan kemahiran dan sesi penglibatan untuk membantu mereka memanfaatkan ekonomi digital.”

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nestlé Malaysia Berhad, Juan Aranols, Nestlé sejak bertahun lamanya memperingati Hari Wanita Antarabangsa sebagai peristiwa penting untuk meraikan pencapaian wanita di seluruh dunia.

“Kami mengiktiraf kemajuan yang dicapai dalam perjalanan setakat ini, sambil memperbaharui komitmen kami untuk terus membuat perubahan positif ke arah membina kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman di Malaysia, untuk wanita dan untuk semua .

“Dengan adanya pendigitalan, Nestlé dan MAGGI® menerima ekuiti jantina dengan meningkatkan kemahiran dan memperkasakan wanita dalam era digital, sambil membina keyakinan mereka dan membantu mereka meningkatkan perniagaan makanan mereka.”

Dengan kebangkitan media sosial dan pertumbuhan landskap digital, influencer dan pencipta kandungan memainkan peranan penting untuk jenama menjangkau khalayak.

Terdapat peluang besar untuk wanita di Malaysia menjana pendapatan berterusan daripada kandungan makanan dan meningkatkan bisnes mereka dengan kemahiran dan kebolehan digital.

MAGGI® mengorak langkah lebih jauh untuk meningkatkan Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® ke peringkat seterusnya dengan bekerjasama dengan pemimpin digital terkenal seperti Google, Meta dan TikTok.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.