fbpx
Now Reading
Adidas Body Care Perkenal 5 Produk Mesra Alam Sesuai Untuk Semua Acara

Adidas Body Care Perkenal 5 Produk Mesra Alam Sesuai Untuk Semua Acara

Rangkaian produk penjagaan diri daripada Adidas Body Care memang terbaik untuk korang yang sukakan bau badan yang wangi sepanjang masa!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penjagaan kebersihan serta kekemasan diri amatlah penting buat setiap individu. Sebab kadangkala, ‘first impression’ boleh  menjadi ukuran sewaktu kita memperkenal dan mempersembahkan diri kepada orang lain. 

Mana tidaknya, kalau bau badan pun sudah kurang menyenangkan, nanti apa pula tanggapan orang ramai terhadap diri kita, kan? Sebab itulah pentingnya badan yang sentiasa berbau wangi. Tapi perlu diingatkan juga untuk tidak memakai minyak wangi ‘setengah botol’, pening pula orang sekeliling nanti!

Adidas Tawar Produk ‘Mesra Alam’. Sesuai Untuk Atlet, Planet & Masyarakat

Buat sesetengah orang, bau badan adalah aset terpenting terutamanya para atlet. Bila melakukan apa-apa aktiviti fizikal terutamanya bersukan, bau badan memang akan menjadi kurang menyenangkan. Berpeluh tak payah cakaplah, bagaikan tiada hari esok!

Sebab itulah dengan adanya produk penjagaan diri ‘mesra alam’ yang dikeluarkan oleh Adidas ini, setiap golongan boleh menggunakannya untuk bersukan, bersantai, ataupun keluar ‘dating’ dengan yang tersayang.

Adidas mengeluarkan wangian serta penjagaan badan yang pastinya tahan lama dan baik untuk kulit, alam sekitar, masyarakat serta sudah pun diuji oleh atlet sebenar untuk penggunaan harian mereka. Pendek kata, memang ‘legit’ wangi dan tahan lama.

Mungkin ramai yang masih belum mengetahui bahawa Adidas juga memiliki rangkaian wangian serta penjagaan badan seperti gel mandian, deodorant jenis spray dan deodorant jenis Roll On tau! Dan untuk rekod, kesemua produk keluaran Adidas Body Care adalah diperbuat menggunakan formula vegan dan bahan-bahan yang dikitar semula.

5 Produk Keluaran Adidas Body Care Mampu Milik Untuk Lelaki & Wanita

Adidas memperkenalkan 5 jenis produk sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita iaitu: 

#1. Adidas Fresh Endurance Deo Spray & Roll On (untuk lelaki)

Adidas Fresh Endurance adalah penyembur anti-peluh yang menggunakan Smart Body Response Technology, memberi perlindungan berkesan daripada keringat dan bau busuk selama 72 jam. Bau segar dan aromatik dari penyembur anti-perspiran ini mempunyai aroma kayu elegan, membuat anda berasa bersedia untuk meneruskan pergerakan anda. Formula ini telah diuji secara dermatologi, selamat digunakan, vegan dan diformulasikan tanpa alkohol.

#2. Adidas Fresh Endurance Deo Spray & Roll On (untuk wanita)

Adidas Fresh Endurance adalah penyembur anti-peluh menggunakan Smart Body Response Technology, memberi perlindungan berkesan daripada keringat dan bau busuk selama 72 jam. Penyembur anti-perspiran ini mempunyai aroma segar berbau bunga dengan buah-buahan. Formula ini telah diuji secara dermatologi, selamat digunakan, vegan dan diformulasikan tanpa alkohol.

#3. Adidas Fresh Endurance Shower Gel

Adidas Fresh Endurance Shower Gel mempunyai wangian segar dan tahan lama yang membantu memberikan kebersihan mendalam pada kulit. Wangian ini dicipta dengan campuran aromatik daun pudina dan buah-buahan air segar, berkembang menjadi wangian kulit yang elegan dan kayu kering.

Shower Gel ini mempunyai formula 3-in-1 yang memberikan pelbagai manfaat dan membersihkan tubuh dari kepala hingga ke kaki. Formula ini telah diuji secara dermatologi dan selamat untuk digunakan dan ia juga bebas-sulfat.

Pek ini menggunakan botol 100% dikitar semula tau!

Apa yang terbaik untuk kesemua produk keluaran Adidas Body Care ini adalah ia menggunakan formula vegan dengan wangian tahan lama. Malah, apa yang lebih menarik, produk-produk ini juga diperbuat daripada bahan kitar semula ya.

Kalau korang nak mencubanya sendiri, boleh klik link di bawah untuk membelinya.

Shopee

Watsons (boleh dibeli secara atas talian dan di kedai fizikal)

Guardian (boleh dibeli secara atas talian dan di kedai fizikal)

Paling best, dengan harga bawah RM40, korang boleh memiliki minyak wangi dan Body Care Adidas dan boleh dipakai untuk apa jua acara!

Yang penting, tahan lama. Tak percaya, cubalah sendiri! 😀

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.