Ada Pesara Yang Ingin Kembali Bekerja, Had Umur Persaraan di Malaysia Wajar Diperhalusi Semula

Hasil kajian yang dilaksanakan oleh Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) mendapati, 4.3% daripada 5,277 responden yang berumur 60 tahun ke atas kembali bekerja secara sambilan selepas bersara.

Kajian berterusan selama hampir satu tahun itu turut mendapati majoriti dari mereka merupakan kalangan pesara berkemahiran tinggi.

Menurut seorang pegawai bank, Muhammad Badrul Jamil, 61 tahun, beliau memilih untuk bekerja selepas bersara pada usia 55 tahun atas alasan untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang kewangan lapor Bernama.

“Saya lihat ini sebagai peluang yang baik untuk saya kembangkan lagi karier saya dalam industri ini selain mahu terus kekal aktif walaupun sudah bersara.”

Pesara, Muhammad Badrul Jamil.

Ramai Pesara Ingin Kembali Bekerja

Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr Elya Nabila Abdul Bahri berkata, hasil kajian menunjukkan responden yang berumur lingkungan 60 hingga 65 tahun yang berkemahiran tinggi berkeinginan untuk terus bekerja berbanding pesara yang berkemahiran sederhana dan rendah.

“Hasil kajian saya bersama seorang pensyarah UKM berkaitan penuaan dan persaraan turut menunjukkan, faktor gaji serta tuntutan kerja fizikal yang minimum antara faktor yang mendorong mereka untuk terus bekerja di samping lebih suka bekerja secara fleksibel tanpa terikat dengan pelbagai peraturan di tempat kerja.”

Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Elya Nabila Abdul Bahri

Beliau yang turut terlibat dalam kajian tersebut berkata, pesara yang memilih untuk bekerja mempunyai tahap kesejahteraan pada kadar 5.6% lebih tinggi berbanding pesara yang tidak bekerja dari segi kesihatan, psikososial dan daya fikir.

Terdahulu, terdapat laporan yang menyatakan sebanyak 71% ahli KWSP yang berusia 55 tahun ke bawah tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk bersara.

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 7 Juta Tenaga Buruh Tiada Caruman Untuk Masa Hadapan – KWSP

Bagi mengatasi isu ini, beliau berpendapat cadangan untuk meningkatkan had umur persaraan wajar diperhalusi bagi membantu golongan berkenaan daripada menghadapi masalah kewangan setelah bersara.

Namun, sebelum cadangan untuk meningkatkan had umur menjadi 65 tahun, majikan perlu mengkaji dan merancang semula pekerjaan yang sesuai dengan tahap keupayaan individu berkenaan.

Peningkatan Had Umur Persaraan, Jejas Peluang Pekerjaan Golongan Muda?

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jangka hayat penduduk negara ini meningkat sehingga 75.6 tahun bagi bayi yang lahir pada tahun 2021 atau 12 tahun lebih lama berbanding lima dekad yang lalu, namun kadar kesuburan di Malaysia menunjukkan trend penurunan.

“Keadaan ini akan mempengaruhi umur persaraan awal kerana jumlah golongan muda yang bekerja sebagai pembayar cukai adalah berkurangan berbanding pesara yang akan menerima manfaat daripada cukai yang dibayar oleh golongan pekerja,”

Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Elya Nabila Abdul Bahri

Negara berkemungkinan bakal menghadapi isu jumlah pekerja yang semakin berkurangan jika umur persaraan tidak dilanjutkan.

Tambah beliau lagi, pelanjutan umur persaraan tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan golongan muda kerana keupayaan kemahiran digital dan teknologi terkini sedang berkembang.

Golongan muda juga dikatakan mempunyai masa yang lebih lama untuk berada dalam perkhidmatan dan mencapai tahap kerjaya yang diinginkan jika umur persaraan mereka dilanjutkan.

Perkongsian Ilmu dan Pengalaman, Elak Eksploitasi Pekerja

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Prof. Madya Dr. Nor Hazana Abdullah berkata pesara yang kembali bekerja tidak akan menyekat peluang kenaikan pangkat pekerja yang lain.

Sebaliknya ia akan mewujudkan perkongsian strategik antara pekerja berusia dan muda khususnya dari segi pengalaman dan kepakaran.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan untuk meningkatkan had umur persaraan dan pekerja diberi pilihan untuk menentukan sendiri tempoh persaraan mereka.

Cadangan ini dilihat dapat membantu mengurangkan dasar kapitalis dan eksploitasi terhadap pesara yang kembali bekerja.

“Mempertimbangkan pelaksanaan peningkatan had umur persaraan perlu bagi mengelakkan majikan daripada melaksanakan dasar kapitalis dan mengeksploitasi pekerja sekiranya kumpulan pesara diambil semula bekerja secara kontrak atau sambilan.” 

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn, Prof. Madya Dr. Nor Hazana Abdullah

Tambah beliau, golongan ini sering dibayar dengan gaji yang tidak setimpal dengan pengalaman dan kemahiran apabila kembali bekerja setelah bersara.

Bagi mengurangkan tekanan ekonomi rakyat, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) sebelum ini mencadangkan agar pekerja sektor awam dan swasta dibenarkan bekerja sehingga 65 tahun atas kerelaan sendiri.

Untuk info, dalam tempoh 20 tahun, had umur pencen di Malaysia telah dinaikkan sebanyak tiga kali di mana umur bersara penjawat awam dilanjutkan ke 56 tahun pada tahun 2001, diikuti tahun 2008 menjadi 58 tahun dan terakhir pada tahun 2008 menjadi 60 tahun.

Baca Artikel Berkaitan: Had Umur Bersara Kekal 60 Tahun – Ketua Setiausaha Negara

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

4 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

5 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

6 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

8 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

9 hours ago