fbpx
Now Reading
Nak Peluang Makan Malam Dengan Shuib? Kopi SUPER ™ Anjur Peraduan & Hadiah Menarik Menanti!

Nak Peluang Makan Malam Dengan Shuib? Kopi SUPER ™ Anjur Peraduan & Hadiah Menarik Menanti!

Tawaran rangkaian produk baharu Super Klasik: Kopi Hitam Segera ini diperbuat daripada 100% biji kopi Robusta untuk menyajikan secawan kopi yang padu, pekat mengancam, dan semestinya aroma lebih menyelerakan!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysians sangat sukakan kopi. #NoDoubt.

Kalau tengok di kopitiam, di atas meja pasti ada kopi hitam. Come on, siapa je tak pernah minum. Sarapan korang tak akan lengkap tanpa secawan bancuhan kopi (hitam) yang padu dan mantap.

Team BuzzKini Terjah Netizen Untuk Minta Pendapat Rakyat Malaysia Tentang Kopi Hitam

Tidak dinafikan, kita sering dengar pelbagai stereotaip tentang mereka yang minum kopi hitam (Black Coffee). Jadi, team BuzzKini ingin terjah orang awam dan minta pendapat mereka tentang penggemar kopi hitam ini.

Oh! Dan kami juga bagi mereka rasa kopi baharu di pasaran untuk tengok sendiri reaksi diorang ni.

Hitam ATAU putih? 🙂

SUPER™ Klasik ‘Hadiahkan’ Kopi Hitam Segera Buat Kaki Kopi Tegar Di Malaysia

Berita baik untuk penggemar kopi hitam (Black Coffee) di luar sana, bersempena dengan bulan dan musim Kemerdekaan ini Kopi SUPER™ baru melancarkan Instant Black Coffee – Kopi Hitam Segera – SUPER™ Klasik.

Bila sebut sahaja ‘instant’ memang korang boleh bayangkan betapa mudah dan cepatnya untuk menyediakan minuman ini. Yang penting, ‘coffee fix’ setiap hari dah tak perlu fikir. Terutamanya kalau dan terlambat nak pergi kerja.

Kopi pun boleh ‘grab & go’ je.

SUPER™ Klasik: Kopi Hitam Segera Sajikan Secawan Kopi Lebih Padu & Aroma ‘Top Notch’

SUPER™ komited untuk menyediakan minuman kopi, teh, dan bijirin berkualiti yang sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia dan kini mereka meluaskan lagi tawaran dengan SUPER™ Klasik: Kopi Hitam Segera yang diperbuat daripada 100% biji kopi Robusta untuk menyajikan secawan kopi yang padu, pekat mengancam, dan semestinya aroma lebih menyelerakan!

Walaupun kopi hitam segera, tapi baunya memang buatkan selera korang terangkat.

Untuk rekod, SUPER™ Klasik merupakan penambahan baharu kepada rangkaian produk SUPER™ yang memenuhi tuntutan dinamik serta berkembang bagi kaki kopi pada hari ini, diikuti dengan minuman teh susu dan bijirin.

“Kita rakyat Malaysia, memang suka kopi kita kuat dengan susu pekat atau susu cair. Kita mencari kopi segera yang berperisa penuh dan sangat wangi supaya rasa kopi itu boleh keluar melalui ‘creaminess’ itu,” jelas Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia, Fiona Tan.

Memang betul pun, kan? Di Malaysia memang normal kalau penggemar kopi tambah krim dalam kopi masing-masing sama ada susu pekat atau susu cair. Barulah puas dan padu rasa kopi tu.

Peraduan Beli & Menang Produk SUPER™ Klasik: Kopi Hitam Segera

Pelancaran produk Kopi Hitam Segera oleh SUPER™ Klasik ini adalah bersempena dengan Hari Malaysia justeru mereka juga ingin memberikan ganjaran buat rakyat Malaysia tau. Ganjaran yang dimaksudkan adalah termasuk sebuah pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, ya.

Pendek kata; priceless!

Antaranya adalah:

  • Sesi makan bersama selebriti terkenal Shuib selaku duta SUPER™ Klasik.
  • Motosikal Modenas Dominar D250 bernilai RM13,797.
  • Baucar membeli-belah bernilai RM100.

Ha, menarik bukan? Kalau nak sertai senang sahaja. Ikuti langkah-langkah mudah di bawah:

  1. Beli mana-mana satu (1) produk SUPER™* di dalam satu (1) resit.
  2. Imbas kod QR atau WhatsApp imej resit pembelian dengan jelas dan penuh ke nombor: +6016 662 3922.
  3. Peserta akan menerima mesej balas Notis Privasi Penganjur menerusi WhatsApp. 
  4. Peserta perlu baca dan setuju dengan Notis Privasi tersebut serta menyediakan maklumat peribadi (Nama Penuh & Nombor MyKad/Kad PR).
  5. Setiap resit akan diberi nombor siri (satu entri bagi setiap Resit tanpa mengira jumlah yang dibelanjakan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman SUPER™ Semarakkan Hari Malaysia.

*Tempoh peraduan adalah bermula 16 Ogos sehingga 30 September 2023.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.