fbpx
Now Reading
Pegawai Agama Perjelas Hukum Buang Kucing

Pegawai Agama Perjelas Hukum Buang Kucing

Menurut Pegawai Agama Daerah Kota Setar Kedah Datuk Syeikh Faisol, hukum membuang kucing boleh menjadi harus atau haram mengikut situasi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau anda perasan, banyak kucing dilihat terabai di pelbagai kawasan seperti taman perumahan, kedai runcit, pasar raya, masjid dan sebagainya.

Malah, banyak juga kes di mana pemilik kucing telah membuang haiwan peliharaan atas faktor-faktor tertentu.

Namun kebiasaannya, kucing dibuang merupakan haiwan yang singgah sahaja ke tempat tinggal masing-masing dan tidak dipelihara sejak awal.


Faktor Kucing Sering Dibuang Oleh Pemilik

Baru-baru ini, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Kedah dan pendakwah Datuk Syeikh Faisol Haji Omar menerusi akaun TikTok miliknya (@datosyeikhfaisol_omar) telah menjelaskan hukum jika seseorang itu membuang haiwan peliharaan iaitu kucing.

Jelasnya, pelbagai faktor yang boleh mendorong seseorang individu membuang kucingnya jauh daripada kediaman masing-masing. Antaranya:

  • Membuang najis merata tempat.
  • Bilangan kucing yang terlalu banyak sehingga tidak terkawal.
  • Kucing memberi kemudaratan kepada pemilik seperti mencakar dan merosakkan perabot di rumah.
  • Tiada siapa yang mampu menjaga kucing ketika sedang bekerja.
Sumber: Unsplash/Pexels

Hukum Buang Kucing

Menerusi faktor yang diperjelaskan, hukum membuang kucing adalah harus seandainya tindakan itu tidak menimbulkan bahaya dan memusnahkan haiwan peliharaan tersebut.

Antara tempat yang sesuai untuk membuang kucing adalah seperti pasar basah kerana terdapatnya sumber makanan.

Namun begitu, hukum tersebut boleh bertukar menjadi haram sekiranya haiwan itu dibuang di kawasan yang boleh membahayakan nyawa kucing berkenaan.

Sebagai contoh, ianya adalah haram jika anda membuang si bulus di kawasan semak samun yang dipenuhi haiwan liar seperti ular.

“Kejap lagi ular patuk, mati kucing tu,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, hukum membuang kucing adalah haram jikalau tuannya membiarkan haiwan tersebut di tempat ia tidak dapat menyelamatkan diri.

Sebagai contoh di lebuh raya kerana kucing berkemungkinan dilanggar oleh kenderaan.


Lebih Baik Buang Kucing Daripada Diseksa

Tambah pendakwah itu, sekiranya kucing memberi ketidakselesaan kepada diri sendiri, adalah lebih baik untuk membuang haiwan itu daripada diseksa.

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Dikurung Sampai Mati Ketika Musafir, Ini Pencerahan Dr Zulkifli

Pekara tersebut dikaitkan dengan kisah seorang perempuan di zaman Nabi Muhammad SAW di mana dia telah mengurung dan tidak memberikan makan kepada kucing sehingga ia mati.

Disebabkan hal tersebut, Nabi Muhammad SAW telah menyifatkan perempuan itu masuk ke dalam neraka.

Mudah-mudahan perkongsian ini memberikan pengajaran buat orang ramai khususnya mereka yang sudah terlepas pandang tentang hukum membuang kucing.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.