Schwarzkopf Got2B Lancar Produk Pewarna Rambut Triwarna Baharu
Got2B Farb/Artist Tri Color merevolusikan kaedah mewarna rambut dengan memudahkan pengguna menghasilkan gaya rainbow ombre atau rainbow strand dengan gabungan tiga warna dalam satu kit yang menawan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Got2B, jenama pewarna dan penggayaan rambut terkemuka dari Schwarzkopf baru-baru ini telah memperkenalkan dua produk pewarna rambut Triwarna (tiga warna) dalam koleksi pewarna separa kekal mereka di Malaysia.
Dua produk yang dimaksudkan adalah:
Rainbow Red
Rainbow Aqua
Direka untuk menyerlahkan penampilan, pewarna Rainbow Red memberikan feel dan keyakinan membara kepada pemakainya manakala pewarna Rainbow Aqua dengan tona warna aqua dan turquoise membawakan mood fantasi.
Got2B Farb/Artist Tri Color merevolusikan kaedah mewarna rambut dengan memudahkan pengguna menghasilkan gaya rainbow ombre atau rainbow strand mengikut pilihan sendiri (personalized) dengan gabungan tiga warna dalam satu kit yang menawan.
Produk ini juga dirumus agar gayanya kelihatan segar dan dapat bertahan lebih lama sehingga 12 – 15 hari.
Baik pilihan warna vibrant atau pastel, kit ini turut dilengkapi dengan perapi rambut (conditioner) yang akan mengadunkan krim pewarna agar dapat melaraskan kepekatan warna rambut mengikut kesesuaian pemakainya.
Bagi mereka yang berambut gelap, langkah yang disyorkan ialah dengan turut menggunakan Schwarzkopf Freshlight Super Bleach terlebih dahulu agar rambut mencari cerah bagi memastikan pigmen warna melekat dan akhirnya menunjukkan warna.
Harga pengenalan bagi dua produk baharu ini adalah RM61.90 dan ia boleh didapati secara ekslusif di Watson Malaysia (fizikal dan online) atau kedai rasmi Schwarzkopf di Shopee and Lazada Mall bermula November 2023.
Untuk maklumat lanjut layari akaun media sosial rasmi Schwarzkopf Malaysia di Facebook & Instagram.