fbpx
Now Reading
Art Of Speed Anjur ‘Off The Grid’, Fiesta Gaya Hidup Outdoor Terbesar Di Malaysia Pada 23-25 Februari

Art Of Speed Anjur ‘Off The Grid’, Fiesta Gaya Hidup Outdoor Terbesar Di Malaysia Pada 23-25 Februari

Festival yang menghimpunkan pelbagai komuniti gaya hidup outdoor di Malaysia ini akan berlangsung di Dewan A, Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang pada 23, 24 & 25 Februari 2024.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita baik buat penggemar dunia outdoor dan camping, Art of Speed (AOS) yang gah dengan acara automotif terbesar di Asia Tenggara akan menganjurkan acara Off The Grid 2024 (OTG 2024), fiesta gaya hidup outdoor yang terbesar di Malaysia.

Festival yang menghimpunkan pelbagai komuniti gaya hidup outdoor di Malaysia ini akan berlangsung di Dewan A, Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang pada 23, 24 & 25 Februari 2024.

Jika sebelum ini OTG dianjurkan pada tahun 2022 sebagai acara poket (pocket event) dalam AOS, kini festival tersebut akan bergerak secara sendiri dengan sasaran pengunjung sekitar 30,000 orang.

Pelbagai jenama besar akan turut serta

Sama ada anda seorang peminat gaya hidup outdoor yang berpengalaman atau baru berjinak dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang gaya hidup ini, anda pasti akan menyukai jenama yang bakal menanti anda di sini.

Antara jenama-jenama outdoor popular baik dari dalam atau luar negara yang bakal mencuri perhatian di Dewan A adalah:

  • Montanic Adventure Store
    Jenama yang berasal dari Brunei ini cukup terkenal di kalangan campers dan hikers kerana ia menawarkan lebih daripada 30 jenama ternama dalam kedai mereka, termasuk KZM, DOD, Stanley, dan banyak lagi.
  • ANBOT
    Mula ditubuhkan pada 2015, Anbot cukup terkenal kerana merupkan salah satu penjual sah bagi barangan outdoor antarabangsa seperti Fjällräven dan Naturehike.
  • CAMPGURU
    CampGuru merupakan sebuah kedai outdoor tempatan yang bukan sahaja menawarkan barangan malah turut popular dalam komuniti outdoor dengan acara kerana aktif menganjurkan acara, aktiviti perkhemahan, pertemuan komuniti, dan banyak lagi.
  • EIGER ADVENTURE
    Eiger Adventure (EIGER), jenama dari Indonesia yang diasaskan pada 1989 bukan sahaja menyediakan peralatan dan peralatan untuk gaya hidup penggemar alam semula jadi, bahkan ia juga banyak mengajar sesiapa sahaj yang mahu menerokai hutan belantara tropika khususya di negara jiran kita itu.

Selain jenama di atas, terdapat pelbagai lagi jenama yang sinonim kepada peminat gaya hidup
outdoor seperti:

  • Pahlawan Store
  • Outside Malaysia
  • EcoFlow
  • Tillak
  • Iwatani
  • Snow Peak
  • Chums
  • Cargo Container
  • Black Dog
  • Camping Moon
  • Fiskars
  • Aeroklas
  • Nite Core
  • Kinabalu Peak serta banyak lagi

Bagi peminat outdoor yang ingin mencari aksesori atau melakukan penambahan kepada kenderaan mereka, terdapat juga pilihan vendor yang bersesuaian seperti TJM 4×4, Titan Suspension, dan NoEqual & Kuzig.

Free camp ground, boleh bermalam di sana

Menurut pengasas AOS, Asep Ahmad Iskandar, Off The Grid sedikit berbeza dari AOS kerana acaranya akan berlangsung lebih lama setiap hari iaitu dari jam 10 pagi – 10 malam.

Apa yang lebih menarik, tapak khemah di kawasan terbuka juga disediakan secara percuma untuk pemegang pas masuk yang ingin berkhemah di sana. Selain itu turut disediakan tapak yang dikhususkan untuk camper van dan caravan.

Namun tempat untuk ketiga-tiga aktiviti ini adalah terhad dan perlu ditempah terlebih dahulu di sini.


Brew Festa & BBW Showdown

Bila bercerita tentang dunia outdoor, pasti ramai bersetuju, apalah sangat gaya hidup outdoor tanpa kopi dan aktiviti BBQ bukan?

Trend menyediakan kopi sambil menikmati pemandangan indah sudah semakin sebati dengan gaya hidup outdoor. Manakala aktiviti BBQ pula melengkapkan aktiviti perkhemahan, perkelahan dan dunia utdoor sejak dari dahulu lagi.

Jadi buat penggemar kopi, anda PERLU singgah di Brew Festa – konsep bar perlahan (slow bar) dengan tema outdoor/berkhemah.

Secara ringkasnya ‘slow bar’ adalah bar kopi di mana barista meluangkan masa mereka untuk membuat kopi secara cermat. Mereka akan menggunakan teknik pembuatan perlahan sekaligus dapat memberi masa kepada barista untuk berbual dengan anda. Barulah perkhidmatan yang lebih personalised!

Kaki BBQ pula, jangan lepaskan peluang untuk acara BBQ Showdown yang akan dihoskan oleh MeatXpert Premium Butcher.

Penggemar daging pastinya akan teruja dengan aktiviti “meatstravaganza” ini! Menurut AOS acara memanggang daging akan dilakukan di kawasan terbuka bersebelahan ddengan Dewan A.

Makers Jamboree & Pasor Dinda Ladies Market

Ha! Sekiranya anda pemburu item vintaj atau sedang mencari barang yang rare, segeralalah ‘menyelam’ bagi mendapatkan barangan menarik pada harga murah di Makers Jamboree & Pasor Dinda Ladies Market. 

Menurut penganjur, beberapa wanita dari Kuantan, Pahang akan datang ke OTG dan mengendalikan pasar lambak ini. Pasor Dinda juga akan menghiasi keseluruhan setup OTG 2024 dengan dekorasi seni dan penyediaan “artisan village” yang estetik.

Pelbagai acara menarik untuk seisi keluarga

Anda ada anak kecil? Tak perlu risau, OTG juga memahami kehendak anda yang mahukan aktiviti menghiburkan bersama keluarga.

OTG 2024 menjanjikan pelbagai aktiviti tambahan menarik demi memenuhi keperluan semua individu dari setiap peringkat umur antaranya:

  • Skimpool (atau skimboarding pool) – Sukan air yang melibatkan menunggang papan nipis, dikenali sebagai papan skim, di atas lapisan air yang nipis. Pergerakan dan teknik gelongsor adalah serupa dengan papan selaju. Skimpool ini dianjurkan oleh La Rocka (dari Kota Bahru, Kelantan) di kawasan luar OTG Wet Park.
  • Surf Skate – oleh La Rocka
  • Roller Disko – Akan ada kawasan khusus di dalam Dewan A untuk meluncur kasut beroda
  • Piala Strider oleh @Striderskidsmalaysia – Pertandingan push bike untuk kanak-kanak
  • Cabutan Bertuah Setiap Jam – Ini terbuka kepada semua pelawat yang membelanjakan RM100 dalam satu resit. Jumlah hadiah bernilai RM50,000 boleh dimenangi termasuk peralatan perkhemahan, barangan berjenama, pakaian untuk outdoor dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, ada banyak lagi acara yang diadakan termasuklah persembahan tradisional dan akustik; meet-up untuk geng van camper serta penggemar Mini RC Crawler dan banyak lagi.

Tiket masuk

Bagaimana dengan harga tiket?

Pas hujung minggu (3 hari) : RM35 (online)/ RM50 (walk-in)
Pas harian (1 hari): RM15 (online)/ RM20 (walk-in)

Bagi yang berminat untuk hadir, tiket boleh dibeli secara online atau walk-in. Terdapat dua pilihan tiket iaitu pas hujung minggu dan pas harian.

Namun pembelian dalam talian akan dikenakan bayaran RM3 untuk yuran pemprosesan bagi setiap tiket.

Kemasukan adalah percuma bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan pemegang pas OKU. 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.