fbpx
Now Reading
Semua Orang Islam Yang Masuk Neraka Akan Masuk Syurga? Ini Penjelasan Ustaz Adnin [Video]

Semua Orang Islam Yang Masuk Neraka Akan Masuk Syurga? Ini Penjelasan Ustaz Adnin [Video]

Menurut Ustaz Adnin, terdapat empat golongan umat Islam yang akan masuk ke syurga semasa di alam akhirat nanti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap manusia yang mempunyai agama pasti akan percaya bahawa ada kehidupan lain yang menanti dirinya selepas kematian.

Begitu juga umat Islam, sejak kecil lagi kita telah diajar untuk wajib percaya bahawa selepas kematian masih ada alam lain lagi yang harus dilalui seperti alam barzakh dan alam akhirat sebelum ditentukan sama ada ke syurga mahupun neraka mengikut amalan semasa hidup di dunia dahulu.

Pun begitu, segelintir orang Muslim masih ada yang tertanya-tanya sama ada mereka akan dimasukkan ke dalam syurga atau tidak sekirannya dihumban ke neraka atas dosa yang dilakukan.

Susulan itu, seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai Ustaz Adnin menerusi satu video berkongsi penjelasan mengenai hal tersebut setelah ditanya oleh salah seorang pengikutnya di media sosial.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@adninroslan), terdapat empat golongan yang mati dalam keadaan Islam.

Golongan pertama: Masuk syurga tanpa hisab

Golongan pertama adalah orang yang akan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab iaitu tidak perlu menimbang amalan baik dan buruknya semasa di akhirat.

Berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Imran bin al-Husain R.A, terdapat tiga jenis orang Islam yang akan memasuki syurga tanpa dihisab iaitu orang yang tidak mintak diruqyah (dengan ruqyah yang syirik), tidak mengamalkan tatayyur dan orang yang bertawakkal pada Rabbnya.

يَدْخُلُ الجَنَّةَ مِن أُمَّتي سَبْعُونَ ألْفًا بغيرِ حِسابٍ، قالوا: مَن هُمْ يا رَسولَ اللهِ؟ قالَ: هُمُ الَّذِينَ لا يَسْتَرْقُونَ، ولا يَتَطَيَّرُونَ، ولا يَكْتَوُونَ، وعلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

“Tujuh puluh ribu dari umatku akan masuk syurga tanpa hisab.” Para sahabat bertanya: “Siapakah mereka wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang tidak minta diruqyah (dengan ruqyah yang syirik), tidak mengamalkan tatayyur, tidak menggunakan pengubatan dengan besi (yang dilarang) dan mereka selalu bertawakkal pada Rabbnya.”

Rawayat al-Bukhari (5752) dan Muslim (220)

Untuk info, tatayyur bermaksud suatu tanggapan sial tentang sesuatu perkara.

Golongan kedua: Dihisab tetapi pahala melebihi dosa

Golongan kedua pula adalah orang yang akan ditimbang amalanya semasa di dunia, namun pahalanya melebihi dosa dan dia akan dimasukkan ke dalam syurga.

Menurut Adnin, golongan sepeti ini Allah SWT akan mengampunkan segala dosanya semasa di dunia dahulu.

“Akan ditimbang dosa pahalanya dan pahala melebihi dosa, bila pahala melebihi dosa Allah akan ampunkan dosa-dosanya dan Allah akan masukan dia ke dalam syurga,” katanya.

Golongan ketiga: Dihisab tetapi dosa melebihi pahala

Golongan yang ketiga pula adalah orang Islam yang mempunyai amalan buruk lebih banyak berbanding amalan baik semasa hidup dahulu.

Ketika ditimbang pahala dan dosanya, dosa golongan seperti ini akan lebih banyak berbanding pahala dan akan dimasukkan ke dalam neraka.

Namun, golongan ketiga ini akan masuk ke syurga selepas berada di dalam neraka kerana dosa-dosanya.

Golongan keempat: Dosa dan pahala sama banyak

Golongan terakhir ini adalah golongan di mana timbangan kiri dan kananya seimbang maka keadaan ini dikenali sebagai al-a’raaf atau syubbanul a’raf.

Jelas Adnin, golongan al-a’raaf ini keadan berada di tengah di antara syurga dan neraka. Pada ketika itu Allah SWT akan menunjukkan keadaan penghuni neraka dan penghuni syurga sehingga golongan itu berasa takut.

Namun, akhirnya golongan syubbanul a’raf ini akan dimasukan ke dalam syurga dengan izin Allah SWT.

Perkara ini dapat dijelaskan melalui Firman Allah SWT di dalam surah al-A’raf ayat 46 hingga 47.

وَبَيْنَهُمَا حِجَابٌۭ ۚ وَعَلَى ٱلْأَعْرَافِ رِجَالٌۭ يَعْرِفُونَ كُلًّۢا بِسِيمَىٰهُمْ ۚ وَنَادَوْا۟ أَصْحَـٰبَ ٱلْجَنَّةِ أَن سَلَـٰمٌ عَلَيْكُمْ ۚ لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ

“Dan di antara keduanya (syurga dan neraka) ada tembok ‘al-A’raaf’ (yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok al-A’raaf itu ada sebilangan orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli syurga (dengan memberi salam, katanya): Salaamun Alaikum (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk syurga, pada hal mereka ingin sangat memasukinya.”

Surah al-A’raf ayat 46

وَإِذَا صُرِفَتْ أَبْصَـٰرُهُمْ تِلْقَآءَ أَصْحَـٰبِ ٱلنَّارِ قَالُوا۟ رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ ٱلْقَوْمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ

“Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang yang zalim.”

Surah al-A’raf ayat 47

Menurut Berita Harian yang memetik perkongsian melalui slot Mau’izati di IKIMfm, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menceritakan Rasulullah SAW menyebut, “Pada suatu hari akan dikumpulkan manusia pada Hari Kiamat dan akan diperintah penghuni syurga untuk masuk ke dalam syurga, manakala penghuni neraka masuk ke dalam neraka. Kemudian penghuni al-a’raaf akan dipanggil Allah lalu ditanya kepada mereka: Apakah yang kamu lihat? Dijawab: Kami melihat apa yang Kamu sebut, benar-benar terjadi ya Allah. Lalu dikatakan kepada mereka: Sesungguhnya kebaikan kalian melampaui batas untuk dimasukkan ke dalam neraka. Tetapi untuk memasuki syurga, ada kesalahan yang kalian lakukan. Oleh itu, masuklah kalian ke dalam syurga dengan pengampunan dan kasih sayang Allah SWT.”

Orang Islam akan masuk syurga selepas selesai jalani hukuman di neraka

Jelas di sini, bahawa setiap orang Muslim yang mati dalam keadaan beragama Islam meskipun tidak mempunyai amalan kebaikan yang banyak semasa hidup di dunia tetap akan memasuki syurga selepas menerima azab di neraka.

Allahu, betapa beruntungnya kita jadi umat Islam.. semoga kita semua masuk ke syurga suatu hari nanti.

Video TikTok

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.