fbpx
Now Reading
Joe Flizzow Puji Aiman Tino Nyanyi Rap

Joe Flizzow Puji Aiman Tino Nyanyi Rap

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini seorang penyanyi rap mengkritik penyanyi muda, Aiman Tino kerana membawa lagu rap tetapi Joe Flizzow menganggap ianya satu cubaan yang bagus.

Sumber: filepicker.io

Johan Ishak, 39 tahun, atau lebih dikenali sebagai Joe berkata dia pernah dengar orang lain menyanyikan lagu rap lagi teruk dari itu dan berpendapat cara Aiman rap juga agak bagus.

Sumber: itstheship.com

“Saya juga mengalu-alukan jika ada artis yang mahu rap atau memasukkan elemen hip-hop dalam lagu mereka. Misalnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza pun ada lagu yang berunsur rap, tiada masalah pun,” katanya.

Sumber: tv14.my

Dia juga memberi komen yang positif semasa ditanya mengenai Aiman Tino dikritik oleh bekas ahli kumpulan VE, Damian Mikhail.

Sumber: rhapsody.com

“Dalam hidup, tidak kira apa jua rintangan yang dihadapi, kita mesti positif dan meraikan sahaja apa yang berlaku,” jelasnya yang begitu positif mengenai isu tersebut.

Mungkin Joe boleh mengajak Aiman untuk berguru dengannya mengenai cara menyanyi rap dengan betul. Pasti Aiman teruja jika diberikan peluang seperti itu.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.