“Happy 6th Birthday Sayang Daddy” – Ucapan Hari Lahir Nedim Kepada Dre Undang Sebak

Sudah tiga bulan Nedim Nazri tidak dapat bertemu atau bercakap dengan Dre, dan semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran keenam anak lelaki kesayangannya itu.

Nedim yang juga suami kepada aktres cantik Nora Danish itu, telah memuat naik video mengucapkan selamat hari lahir kepada Dre dan menyatakan kerinduan terhadap anaknya itu.

Menerusi entri tersebut Nedim telah menulis kapyen:

“Today is my son Dre’s birthday , Happy 6th birthday Sayang Daddy , you are a big boy now , I’m so proud of what you have achieved, rest assured that I will fight to the end to get justice for you to be able to come back to daddy , it’s been 3month since you have been blocked from calling or speaking to me, but don’t worry sweetheart, when you come back we will celebrate your birthday again okay sayang daddy, I miss you so much…”

Rata-rata pengikut Nedim yang menonton video tersebut berkongsi rasa sebak dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Mereka turut mendoakan Nedim dapat bertemu Dre tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Nora Danish turut memuat naik foto Dre dan mengucapkan selamat hari lahir buat si comel tersebut.

Kata Nora, dia rindu mahu berbual dengan anak tirinya itu serta teringat kerenah comel Dre yang suka bertanya banyak soalan.

Entri itu juga mengundang sebak pengikut Nora dan mereka turut memberikan semangat kepada ibu yang sedang sarat mengandung itu.

Mereka turut meminta Nora menjaga kesihatan dan tidak terlalu bersedih demi anak di dalam kandungannya.

 

Foto: Instagram Nedim & Nora Danish

Recent Posts

  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

38 mins ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

46 mins ago
  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

17 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

17 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

17 hours ago