fbpx
Now Reading
Adi Putra Akui Bekas Isteri Ada Hak Lapor Polis

Adi Putra Akui Bekas Isteri Ada Hak Lapor Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon berasal dari Singapura, Datuk Adi Putra, 36 tahun, mengakui bekas isterinya ada hak untuk membuat laporan polis berhubung kes pemalsuan sijil pernikahan mereka.

Menurutnya, dia tidak akan berada di khalayak ramai jika betul dirinya ditahan polis dan menganggap laporan polis itu hak bekas isterinya.

“Kalau dah buat laporan polis, mungkin saya tak ada di sini dalam temu bual ini,” ujarnya kepada mStar.

Walau bagaimanapun, dia tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut dan memberitahu bahawa dia adalah sama seperti mana semua orang kenal dirinya.

“Perkara ini saya anggap sebagai ujian dalam kehidupan. Bila diuji, ia bermakna Allah sayang kita,” katanya.

Pada bulan lepas, Norshahida, 34 tahun, bekas isteri kedua Adi membuat dua laporan berkaitan pemalsuan sijil nikah mereka pada awal tahun ini.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.