Now Reading
Jovian Letak Anak Di Tengah Sejadah Semasa Solat Dikecam

Jovian Letak Anak Di Tengah Sejadah Semasa Solat Dikecam

Terpancar wajah kegembiraan bila pereka fesyen terkenal, menimang cahaya mata sulungnya dan dia dilihat tak boleh berenggang bersama puteri kesayangannya itu, Jeanelle Nika Mandagie.

Pelbagai aktiviti kini dikongsi bersama Jeanelle dan terbaru, isteri Jovian, Nina Sabrina Ismail Sabri, memuatnaik gambar di laman Instagram miliknya yang menunjukkan Jovian sedang bersembahyang sambil meletakkan anak mereka di tengah sejadah.

Namun, gambar itu mengundang kecaman oleh segelintir pihak yang menganggap perbuatan itu akan menyusahkan Jovian untuk sujud.

Walaupun begitu, ramai peminat menyokong tindakan Jovian yang dianggap lebih mengeratkan lagi hubungan antara anak dengan seorang ayah.

See Also

Malah, Nina juga dilihat memberi penjelasan yang lengkap mengenai situasi tersebut kepada mereka yang mengecam suaminya.

Sudah-sudah la mengecam, dah masuk tahun baru pun masih ada golongan berfikiran sebegini. Tegur pun harus ada adabnya juga, kan?

Sumber: IG Nina Sabrina Ismail Sabri

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.