Janna Nick Mohon Maaf Pada Followers Selepas Alami Gegaran di Taiwan

Pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui terkejut dan cemas ketika merasai gegaran susulan gempa bumi yang melanda Taiwan pada malam Selasa ketika berada di negara itu.

Janna, 23, berkata, gegaran berukuran 5.3 magnitud pada kira-kira pukul 10.47 malam itu berlaku ketika dia sedang mandi.

“Saya okey, cuma masih terkejut dan takut ketika mengetahui gagaran yang berlaku adalah gempa bumi.

“Saya tidak sempat buat apa-apa ketika itu kerana sedang mandi dan keadaan bergegar dalam beberapa saat. Saya ada satu malam lagi di sini doakan saya selamat,” ujarnya kepada mStar Online pada Selasa

Pelakon drama Dia ini memberitahu dia kini hanya bertawakal kepada Allah swt dan berharap tidak lagi berlaku sebarang kejadian buruk.

Janna berada di negara tersebut sejak Isnin lalu atas urusan kerja.

Sementara itu, menerusi Instagramnya, aktres ini memohon maaf dan meminta peminatnya mendoakan keselamatannya di sana.

“Saya baru berdepan pengalaman gempa bumi di Taipei, apa pun minta maaf dulu semua dan halalkan segalanya,” ujarnya.

Taiwan merupakan negara yang kerap dilanda bencana alam gempa bumi, terbaharu pada 7 Februari lalu mengakibatkan dua terbunuh dan lebih 200 orang cedera.

Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud itu berlaku pukul 11.50 malam di sepanjang 20 kilometer di pesisiran kepulauan bahagian timur negara terbabit.

Sumber : Mstar, Instagram Jannanick

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago