fbpx
Now Reading
Ingin Berikan Pendidikan Terbaik Pada Anak Hidap Autisme, Edry Bawa Keluarga Pindah Eropah

Ingin Berikan Pendidikan Terbaik Pada Anak Hidap Autisme, Edry Bawa Keluarga Pindah Eropah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim menjelaskan bakal membawa anaknya yang menghidap autisme untuk menerima pendidikan terbaik di Eropah.

Menurut Edry, 41, keputusan itu diambil selepas anaknya bernama Emery masih belum boleh bercakap walaupun usianya kini mencecah 10 tahun.

“Selepas berbincang dengan ahli keluarga saya mengambil keputusan untuk berhijrah sebentar ke luar negara untuk memberi pendidikan terbaik untuk anak saya.

“Selama ini, saya gunakan banyak masa ajar orang menyanyi tapi anak sendiri masih tak boleh bercakap.

“Jadi saya pun tertanya-tanya, kenapa tidak saya tumpukan perhatian penuh kepada anak istimewa sendiri dengan memberi pendidikan yang terbaik kepada dia.

“Bukan tiada pusat pendidikan yang bagus di sini, namun kemudahan untuk kanak-kanak autisme di sana lebih lengkap,” katanya kepada Astro Gempak.

Edry berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media tergempar ‘Gergasi’ KRU, yang diadakan di Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Edry mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Emil, Edylia, Emery dan Elya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.