Dukung Elizabeth Tan Punya Pasal…

Pelakon  sensasi Zul Ariffin memberitahu dia mungkin terpaksa berjumpa dengan pakar kiropraktik yang memfokuskan kepada masalah berkaitan sakit belakang dan sendi selepas dia mendukung penyanyi Elizabeth Tan ketika berada di lokasi penggambaran drama Misteri Dilaila baru-baru ini.

Zul, 32, menerusi InstaStory di Instagram dalam mesejnya gurauannya kepada Elizabeth berkata, dia berkemungkinan perlu berjumpa dengan kiropraktik dua kali dalam seminggu akibat perkara itu.

“Terima kasih Lizzie jadi penyeri di set #misteridilaila dan kerana dukung you, temu janji I dengan chiropractor dah jadi dua kali seminggu. Sweet kan?,” tulisnya di InstaStory.

Mesej itu dibuat Zul sebagai ucapan selamat tinggal kepada penyanyi lagu Knock Knock yang sudah menyelesaikan penggambaran drama itu.

Baru-baru ini, video memperlihatkan Zul mendukung Elizabeth tular di laman sosial sehingga ada menyarankan agar mereka menjadi pasangan kekasih memandangkan kedua-dua mereka belum berpunya.

Bagaimanapun ada juga menyelar tindakan pelakon bertubuh sasa itu kerana menyifatkan perbuatannya tidak sopan.

Dalam pada itu, menerusi mesej sama, Zul juga berharap dapat kembali bekerjasama dengan Elizabeth dan meminta penyanyi itu mengambilnya sebagai pelakon dalam muzik videonya nanti.

“Muzik video baru kalau tak panggil I siap!,” tulisnya lagi.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago